Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 21 Drama Korea Tema Penyiasatan dengan Genre Misteri, Aksi dan Komedi

21 Drama Korea Tema Penyiasatan dengan Genre Misteri, Aksi dan Komedi

0

Adakah anda bosan dengan drama Korea yang terlalu serius?

Jika anda mahu meringankan kepala dengan menonton drama Korea yang menghiburkan, anda boleh menonton drama Korea genre penyiasatan yang diberi sentuhan komedi.

Drama Korea bergenre jenayah merupakan antara drama popular yang digemari ramai. Dengan plot yang penuh dengan teka-teki dan peristiwa yang sengit, siri jenayah boleh membangkitkan rasa ingin tahu dan emosi penonton, menjadikannya lebih menarik.

Lebih-lebih lagi, tidak jarang kes jenayah dibangkitkan berdasarkan kejadian gelap yang telah berlaku. Kerana walaupun ia dikenali sebagai negara selamat, Korea Selatan juga mempunyai sejarah jenayah gelap pada masa lalu.

Uniknya, agak sedikit drama jenayah yang kelihatan gelap disajikan dengan komedi yang boleh mencuit perut. Gabungan komedi jenayah pastinya membawa kesan drama Korea yang luar biasa, namun tetap menarik untuk ditonton.

Biasanya watak-watak dalam drama ini akan berdepan dengan kes misteri yang diselesaikan dengan cara yang unik dan berbeza dengan drama jenayah secara umumnya.

Bagi anda yang meminati genre ini, berikut adalah 21 cadangan drama Korea jenayah komedi yang sesuai untuk menemani masa lapang anda.

 

Drama korea1. Drama Korea Flex X Cop (2024) mengisahkan tentang seorang anak chaebol kaya raya yang terpaksa menjadi detektif. Tingkah lakunya sangat lucu dan membuatkan penonton terhibur

 

IMG 7290

2. Drama Korea Team Bulldog: Off-duty Investigation (2020) menyoroti aksi sekumpulan detektif dan produser TV dalam penyiasatan jenayah

 

IMG 7289

3. Mengisahkan tentang polis baru, You’re All Surrounded (2014) menampilkan adegan-adegan lucu dari setiap detektif dalam pasukan ini

 

IMG 72814. The Fiery Priest (2019) menyoroti aksi lucu seorang pendeta, detektif, dan pendakwa raya dengan sifat mereka yang sangat berbeza

 

5. Mengisahkan tentang dukun palsu yang dulunya adalah seorang profiler jenayah, drama Korea Cafe Minamdang (2022) pasti membuatkan anda tertawa dengan aksi lucu setiap karakter

 

 

6. Lawak jenaka karakternya selalu membuatkan penonton pecah tawa, From Now On, Showtime! (2022) menceritakan tentang seorang detektif dan ahli silap mata yang bekerja sama dengan hantu

 

 

7. Drama Korea Zombie Detective (2020) menampilkan kisah lucu dan menarik tentang zombie yang menjadi seorang detektif

 

 

8. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang memiliki kuasa supernatural yang membantu polis, He is Psychometric (2020) memberikan adegan lucu dan penuh komedi

 

 

9. Baru sahaja ditayangkan pada 11 September 2024, Seoul Busters (2024) menceritakan tentang kehadiran ketua baru dalam pasukan detektif yang paling teruk

 

 

10. Memiliki sifat dan sikap yang berbeza, Brain Works (2023) menceritakan tentang kerjasama seorang detektif dengan doktor yang genius

 

 

IMG 7284

11. Drama siri Behind Your Touch (2023) menggabungkan aksi penyiasatan detektif dengan kuasa luar biasa seorang doktor haiwan yang boleh berkomunikasi dengan haiwan

 

 

12. Penyiasatan yang unik, roh detektif bekerjasama dengan pemandu teksi untuk menangkap pembunuh disajikan dengan jayanya dalam drama siri Korea, Delivery Man (2023)

 

 

13. The Good Detective (2020) mengisahkan tentang para detektif di Balai Polis Incheon yang berusaha menangkap penjenayah.

 

 

14. Bad and Crazy (2021) mengisahkan entiti misteri dan mencari keadilan menimbulkan huru-hara dalam kehidupan seorang polis korup yang sanggup mengabaikan etika dan rasuah untuk kenaikan pangkat. Lee Dong-wook dan Wi Ha-jun bersatu dalam perjuangan menentang ketidakadilan.

 

 

15. Taxi Driver (2021-2023) memgisahkan Syarikat Teksi Rainbow dan pemandu teksi, Do-gi, bergabung mendapatkan kembali keadilan yang telah hilang oleh masyarakat Korea dengan membalas dendam terhadap penjenayah yang terlepas daripada perbuatan jahat mereka.

 

 

16. Chief Detective 1958 (2024), berlatarkan tahun 1950-an hingga 1960-an, sepuluh tahun sebelum siri asal. Cerita ini mengikuti Detektif Park Yeong-han, yang pakar dalam menangkap pencuri kecil, bekerjasama dengan tiga rakan sekerja yang unik untuk memecahkan kemustahilan kuasa rasuah dengan akal fikiran.

 

 

17. Crash (2024) mengisahkan tentang sekumpulan detektif yang bertugas dalam TCI (Traffic Crime Investigation). Kes-kes jenayah trafik yang terjadi merupakan tanggungjawab mereka untuk disiasat. Di samping itu, dinamika hubungan antara setiap anggota menjadi highlight tersendiri bagi drama tersebut. Warna-warni komedi dengan kes yang terus berganti-ganti juga pasti tidak akan membuatkan penonton merasa bosan.

 

IMG 728218. Bad Prosecutor mengisahkan Jin Jung (Doh Kyung Soo) seorang pendakwa di mahkamah daerah. Bukan sahaja degil, Jin Jung juga sentiasa menyelesaikan pelbagai kes dengan cara tersendiri yang kadangkala tidak mematuhi piawaian undang-undang sedia ada.

 

 

19. Killer’s Shopping List mengisahkan tentang kes pembunuhan misteri di sebuah bangunan pangsapuri. Kes itu disiasat oleh Ah Hee (Kim Seol Hyun) dengan bantuan teman lelakinya, Dae Sung (Lee Kwang Soo).

 

IMG 728720. Drama Royal Secret Agent berlatarkan dinasti Joseon. Sung Yi-kyum (Kim Myung-soo) ialah seorang inspektor diraja rahsia yang menyamar di wilayah untuk mendengar cerita rakyat bagi membongkar kes rasuah dan menegakkan keadilan.

 

21. Royal Secret Inspector & Joy (2021) mengisahkan ejen rahsia diraja yang datang daripada rakyat biasa semasa era Dinasti Joseon. Ra Ian ialah seorang yang bertuah untuk melaksanakan amanat raja yang diimpikan ramai. Dalam perjalanan cerita, Ra Ian akan bertemu dengan Kim Joy, seorang wanita tangguh yang bangga telah menceraikan suaminya yang kejam dan tidak boleh dipercayai.

Drama-drama Korea ini berjaya menggabungkan ketegangan dan gelak tawa dalam satu pakej yang menghiburkan. Jika anda memerlukan tontonan yang memacu adrenalin sekaligus mengundang tawa, jangan lupa untuk mula maraton drama-drama di atas ini ya.

Baca lagi: 5 Filem Seram Thailand Bawa Unsur Agama dan Kepercayaan Setempat, Menakutkan
Baca juga: Mengapa Harus Tonton Jeongnyeon: The Star is Born? Ini 5 Faktanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here