Siri Korea Dongjae, The Good or The diarahkan oleh Park Geon-ho, dan skrip pula ditulis oleh Hwang Ha-jung dan Kim Sang-won, dan diterbitkan oleh Studio Dragon Ace Factory telah ditayangkan secara perdana baru-baru ini.
Seo Dong-jae (Lee Joon-hyuk), yang terperangkap dalam konflik moral untuk memilih melakukan kebaikan atau kejahatan. Jalan cerita drama ini sangat menarik dan krisis yang tidak dijangka menimbulkan ketegangan yang berpanjangan.
Selain itu, kemunculan Nam Jeon-hwa (Park Sung-woong) menambahkan rasa ingin tahu para penonton untuk melihat perubahan Seo Dong-jae sebagai pendakwa raya yang ingin menghapuskan kesilapannya yang silam dan bergerak maju ke hadapan dengan rekod bersih yang lebih baik.
Akhirnya, Seo Dong-jae betul-betul terperangkap dalam jerat yang disediakan oleh Nam Jeon-hwa. Perhatian tertumpu kepada bagaimana kisah perjalanan perkelahian antara mereka dan apakah perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan Seo Dong-jae sebagai pendakwa raya.
Dongjae, The Good or The Bad merupakan karya spin-off drama terkenal Stranger yang sangat popular, drama baru ini menandakan kelainan dalam genre dan juga jalan cerita yang berbeza dari siri asal. Kemunculan semula Seo Dong-jae adalah istimewa dan sangat segar dengan semangat yang baru. Kisah hidup Seo Dong-jae yang kelihatan seperti sudah banyak berubah pastinya ada banyak cerita masam manisnya, menarik perhatian penonton dengan jalan cerita yang lebih unik dan kadangkala diselitkan dengan adegan lawan jenaka yang lucu.
Seo Dong-jae yang berusaha untuk menghapuskan stigma masa lalu dan berusaha ke arah menjadi seorang pendakwa raya contoh dan juga pada masa yang sama dia ingin menyimpan kemas masa lalu yang disembunyikan di hadapannya. Persembahan bersemangat Lee Joon-hyuk dan Park Sung-woong yang menggambarkan persengketaan yang penuh perasaan mendapat pujian ramai.
Awas, artikel ini mengandungi spoiler.
Episod pertama dan kedua Dongjae, The Good or The Bad bermula dengan kehidupan harian yang penuh menghampakan dan membosankan bagi pendakwa raya Seo Dong-jae yang gagal dinaikkan pangkat sekali lagi. Bertahun-tahun dia terlepas peluang kenaikan pangkat kerana rekod buruk masa silamnya.
Pada suatu hari dia menguruskan kes kemalangan kecil yang sangat memeningkan kepala. Kemudian, Seo Dong-jae yang menyedari bahawa kejadian itu yang dia anggap sebagai kemalangan jalan raya yang biasa adalah sebenarnya sesuatu yang luar biasa dan telah dirancang. Dia mula bersemangat kerana akhirnya ada kes besar yang perlu diuruskan. Dia merancang untuk menyelesaikan dan membongkar kebenaran kes itu dengan tangannya sendiri.
Lee Kyung-hak (lakonan Kim Sang-ho) dipersalahkan kerana meluru ke jalan raya dan menyebabkan kemalangan, dia adalah pemilik Restoran Happy yang menyediakan makanan untuk orang tua, dan merupakan orang kesayangan di kawasan kejiranan. Seo Dong-jae mula menggali kes itu dan mendapati keadaan yang mencurigakan daripada mangsa Joo Jung-ki (Jeong Hee-tae).
Ini adalah permulaan ‘krisis’. Seo Dong-jae menyelesaikan kes itu dengan kemahiran seperti pendakwa raya veteran yang lain, tetapi ada yang tidak berpuas hati.
Lee Hong Construction adalah dalang disebalik kejadian kemalangan itu. Segala-galanya telah dilakukan oleh Nam Wan-chan, Ketua Pegawai Eksekutif Lee Hong Construction, untuk mendapatkan tapak restoran itu untuk pembangunan semula. Seo Dong-jae, yang tidak bersetuju dengan cadangan Presiden Nam, menghadapi satu lagi cabaran yang mengejutkan dalam menyelesaikan kes kemalangan membabitkan Lee Kyung-hak dan orang suruhan Presiden Nam.
Identiti Lee Kyung-hak yang sebenar sangat mengejutkan. Dia adalah seorang pembunuh bersiri yang kejam. Faktor utama dia tidak menjual restoran itu adalah kerana dia telah menanam dua mayat di halaman rumahnya. Seo Dong-jae, yang menyaksikan adegan mayat dipindahkan telah ditangkap di tempat kejadian dan dalam suasana genting, dia menunjukkan kebijaksanaannya dalam memanipulasi keadaan melalui ucapannya yang indah dan penuh janji manis. Lee Kyung-hak yang tertarik dengan rayuan Seo Dong-jae menuju ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Cheongju pada tengah malam bersama Seo Dong-jae untuk mengambil borang pelupusan mayat.
Seo Dong-jae tidak melepaskan peluang itu. Mengintai peluang, dia melarikan diri dari genggaman lelaki kejam itu, dan Pejabat Pendakwa Raya Daerah Cheongju berada dalam keadaan huru-hara kerana masing-masing cuba menyelamatkan diri dan mahu menangkap Lee Kyung-hak. Seo Dong-jae memainkan peranan besar dalam menangkap pembunuh itu.
Namun, krisis Seo Dong-jae belum berakhir, dahulu Nam Wan pernah memberikan tanah kepada Seo Dongjae. Nam Wan-seong mendesaknya untuk membantunya mendapatkan tapak Restoran Happy dengan ugutan bahawa tanah yang pernah diberikan kepada Seo Dong-jae adalah rasuah terbesar dan jika terbongkar rahsia tentang tanah itu, pastinya Seo Dongjae hilang peluang untuk membersihkan namanya.
Seo Dongjae telah terperangkap dalam skim rasuah yang dia tidak ingati. Tidak percaya dengan kata-kata Nam Wan-seong, Seo Dongjae menggeledah rumahnya sendiri untuk mencari bukti dia menerima tanah itu dan dia menemui kontrak penjualan tanah seperti yang dikatakan oleh Nam Wan-seong. Adakah Seo Dongjae dapat meninggalkan masa lalu dan memulihkan imejnya kembali?
Drama Korea ini mendapat rating yang baik untuk tayangan episod perdanya iaitu sebanyak 3.8 peratus. Episod ke-3 dan ke-4 siri drama Dongjae, The Good or The Bad telah ditayangkan pada 17 Oktober 2024 baru-baru ini. Sudahkah anda mula menonton?
Baca lagi: Kdrama Doubt: 4 Watak yang Disyaki Sebagai Suspek Utama Kes Pembunuhan, Makin Mengejutkan
Baca juga: Dongjae: The Good or the Bastard, Spin-off Stranger Tayang 10 Oktober Ini, Kisah Seorang Pendakwa Rasuah