Home Filem/drama Jepun 10 Drama Jepun Tema Survival Yang Menarik untuk Ditonton

10 Drama Jepun Tema Survival Yang Menarik untuk Ditonton

0

Suka menonton drama Jepun dengan tema survival?

Banyak drama Jepun tentang kisah bertahan hidup dalam keadaan yang berbahaya. Alice in Borderland adalah contoh drama atau siri Jepun yang sangat popular yang bertemakan survival yang juga selalu dibicarakan.

Selain itu, masih ada drama Jepun lain yang membawa tema yang sama dan tidak kurang hebatnya juga. Dibawah ini adalah senarai drama Jepun tentang survival yang menarik yang perlu anda tonton. Mari sama-sama kita lihat ya.

 

1. Socho Shihatsu no Sappukei (2022)

fab4a525 541a 4bfa 9a1b 762e01ee0044

Drama ini mengisahkan tentang dua orang pelajar yang terperangkap dalam pelbagai tempat misteri.

Semuanya berlaku secara tiba-tiba, mereka sedang melakukan perjalanan di suatu pagi. Kemudian, mereka berada di sebuah restoran keluarga selepas balik sekolah. Bahkan, mereka tiba-tiba berada di dalam gondola. Lalu, mampukah mereka keluar dari keadaan yang membingungkan itu?

 

2. Nare no Hate no Bokura (2023)

Drama jepun

Ceritanya tentang Nezu yang bersemangat menunggu majlis reunion sekolah. Tanpa diketahuinya, majlis reunion tersebut berubah menjadi acara pertarungan untuk menyelamatkan nyawa masing-masing.

 

3. Kakegurui (2018)

70d5e81c 29d2 44f1 9cc3 70bc25e6b460

Kakegurui menggunakan sekolah sebagai latar cerita. Akademi Swasta Hyakkaou memiliki hierarki dan peraturan yang dipenuhi dengan diskriminasi. Lalu, muncul murid baru yang ternyata mempunyai bakat dalam berjudi.

Dia menggunakan kebolehannya untuk menentang setiap murid dengan pertaruhan prestasi, kuasa, dan masa depan. Tujuannya adalah untuk menghancurkan hierarki dan peraturan yang sedia ada.

 

4. Mr. Hiiragi’s Homeroom (2019)

d4469a2d 0506 4128 8f79 6da868769b2e

Mr. Hiiragi’s Homeroom ialah seperti drama tentang sekolah yang biasa pada umumnya. Namun, anda akan terkejut selepas menonton drama ini. Kisahnya tentang guru kelas yang menahan semua pelajar kelas 3A sebagai tawanan dan mengugut untuk membunuh mereka jika pelajar-pelajar itu tidak mendedahkan kebenaran mengenai kematian Reina (salah seorang murid di kelas 3A).

 

5. Alice in Borderland (2020)

e224e63c 07cf 4152 82a7 ac405171a257

Alice in Borderland yang sudah memiliki dua musim dan siri ini mendapa respons positif dan menjadi salah satu tayangan popular di Netflix.

Plot utama drama Alice in Borderland menggambarkan usaha manusia dalam bertahan hidup. Mereka masuk ke dunia yang penuh permainan yang membawa maut.

 

6. Tomodachi Game R4 (2022)

766cf2ad 6720 4fe0 86a8 7b32baf6760d

Drama Jepun ini mengangkat cerita survival dengan tema psychological game. Drama ini menggambarkan dilema yang dialami sekumpulan pelajar sekolah menengah. Mereka perlu memilih antara wang dan kawan.

 

7. Zero: Ikkaku Senkin Game (2018)

a0f42d2b 58a9 4b95 a236 e4de3108bf61

Zero Ukai adalah seorang guru di sekolah swasta. Suatu hari, dia mengikuti permainan bertahan hidup di sebuah taman hiburan. Peserta perlu menyelamatkan diri untuk mendapatkan ganjaran sebanyak 100 billion yen.

 

8. Anata no Ban Desu (2019)

d77f8e7b abef 477e beae c5df285a28e8

Sepasang suami isteri memulakan hidup baru di sebuah apartment. Pada awalnya segalanya tampak menyenangkan hingga akhirnya mereka menyedari misteri pembunuhan di apartment tersebut. Berjayakah mereka mendedahkan kebenaran dan menyelamatkan diri?

 

9. Aoiuso: Kokuhaku no Hokago (2021)

5c0a2502 f052 4831 8e4b 4f085d87bdd3

Aoiuso: Kokuhaku no Hokago menggambarkan enam orang sahabat yang merupakan pelajar sekolah menengah yang berkumpul di sebuah bangunan mewah. Mereka mendapat undangan dari alumni sekolah.

Situasinya berubah menegangkan apabila muncul seseorang yang mengaku sebagai Game Master. Dia meminta mereka yang datang untuk mengikuti sebuah permainan yang mengerikan.

 

10. Garo: Versus Road (2020)

2a29d0c7 cd83 4b1f 9b06 75e5ba99df7e

Senu Kuon tiba-tiba terperangkap dalam dunia virtual. Dia bersama 100 orang lain perlu bertarung untuk menjadi pemenang. Dia perlu menang untuk keluar dari permainan dan menyelamatkan nyawanya.

Demikian pilihan 10 drama Jepun bertemakan survival yang membawa cerita unik, menarik serta menegangkan. Anda tertarik untuk menonton?

Baca lagi: 6 Drama Jepun Ini Tampilkan Kisah Cinta Beza Usia, Penuh Bahagia
Baca juga: 11 Filem dan Drama Jepun ini Sesuai Untuk Pasangan Suami Isteri, Sesuai Untuk Healing

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here