Home Thai drama/movie 5 Drama Thriller Thailand Penuh Teka Teki, Kisah Jenayah Berat dan Misteri...

5 Drama Thriller Thailand Penuh Teka Teki, Kisah Jenayah Berat dan Misteri Pembunuhan

0

Drama Thailand telah berkembang dengan kualiti yang makin baik dari tahun ke tahun.

Cerita yang ditawarkan juga pelbagai, bermula dari kisah romantik komedi hingga kisah-kisah jenayah.

Beberapa buah drama thriller Thailand yang membawa genre jenayah thriller semakin diminati dengan watak-watak yang kompleks dan cerita yang mengandungi banyak twist.

Dibawah ini adalah beberapa cadangan drama thriller Thailand yang boleh anda tonton.

 

1. When a Snail Falls in Love (2023)

Drama thriller thailand

Drama thriller Thailand ini merupakan remake dari siri Cina dengan tajuk yang sama. Ceritanya fokus pada wanita yang bernama Weitan (Baitoei Zuvapit Traipornworakit). Dia adalah pegawai polis yang baru menyertai divisyen penyiasatan psikologi.

Di sana, dia bertemu dengan Bora (Bie Thassapak Hsu), polis profesional yang tampan yang menjadi rakan sekerjanya. Pada awalnya Bora membenci Weitan, tapi selepas menangani banyak kes yang rumit bersama, mereka mula menjadi rapat.

 

2. The Player (2021)

1ca572e5 d691 4c27 96f9 3b529a10abaf

Drama thriller Thailand ini dibintangi oleh artis terkenal Thailand yang bernama Joss-Way dan Namtan Tipnaree.

Drama ini menceritakan tentang dua saudara tiri yang bernama Giwi (Namtan) dan Tim (Joss). Giwi mewarisi rumah keluarga Tim. Untuk mendapatkan kembali rumah tersebut, Giwi meminta Tim untuk berpisah dengan Eve (Jane) iaitu tunangnya. Drama ini semakin panas kerana diwarnai kisah gila kehidupan orang kaya yang sangat manipulatif dan bercita-cita tinggi untuk menguasai harta pusaka warisan.

 

3. The Cheating Heist (2024)

f73fa183 e258 4bdb b518 193d16779fbc

Drama thriller Thailand ini menarik kerana dibintangi artis popular seperti Off Chanapol Sataya, Pupe Kessarin Noiphueng dan Chap Varakron Sawaskron.

Drama ini menceritakan tentang pemuda yang bernama Nueamek yang menyertai sebuah kumpulan perompak untuk mendapatkan bukti jenayah haram. Pada awalnya, dia tidak mau terlibat kerana kes tersebut telah menyeret nama ayahnya.

Dalam usahanya menyelesaikan kes, Nueamek bertemu dengan wanita cantik yang bernama Olive. Walau wanita itu tidak banyak membantu, Nueamek menaruh hati padanya. Sayangnya, dia perlu bersaing dengan lelaki lain untuk merebut hati Olive.

 

4. Midnight Motel (2021)

b64321ff 6995 4e5e b792 4976d1ab0643

Drama thriller Thailand berjumlah 6 episod ini merupakan remake dari drama Korea berjudul Midnight Summer. Ceritanya fokus pada dua sahabat yang bernama Mote dan Doy yang dililit hutang kerana judi online.

Dalam perjalanannya melunaskan hutang, mereka bertemu dengan wanita yang bernama Kat. Mereka mengalami cabaran dan kesusahan untuk mendapatkan wang dan drama ini diwarnai dengan pelbagai aksi menegangkan.

 

5. Remember You (2021)

41713d97 9241 473e b503 efa1773aed1d

Drama thriller Thailand ini mengisahkan tentang Tanwa, pemuda yang memiliki kecenderungan sifat psikopat. Ayahnya yang bekerja sebagai polis mengesyaki anaknya sangat aneh selepas berurusan dengan penjenayah yang bernama Pathomkarn.

Bukan hanya ayahnya sahaja yang mencurigainya. Kawan masa kecil Tanwa yang menjadi konsultan jenayah juga mengesyaki Tanwa adalah pembunuh bersiri.

Walau genre komedi mendominasi, showrunner drama thriller Thailand ternyata bijak menyusun cerita yang menegangkan dengan aksi jenayah yang agak brutal. Jangan lupa untuk menonton ya, pasti anda sama-sama memerah otak memikirkan setiap misteri dan teka-teki yang disajikan dalam drama-drama di atas.

Baca lagi: 10 Drama Jepun Tema Survival Yang Menarik untuk Ditonton
Baca juga: Viral Serata Dunia, 9 Filem Thailand Ini Diangkat dari Kisah Benar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here