Home Kdrama/Kmovie Movie 7 Perkara Menarik tentang Filem Seram “Devils Stay”, Bakal Saingi Pencapaian Exhuma?

7 Perkara Menarik tentang Filem Seram “Devils Stay”, Bakal Saingi Pencapaian Exhuma?

0

Exhuma merupakan filem seram okultisme yang laris pada awal tahun ini. Kehebatan filem seram arahan pengarah tersohor Jang Jae Hyun tersebut juga membawa kesan yang sangat baik bagi filem okultisme Korea Selatan terdahulu.

IMG 7415

Selepas filem Exhuma meletup di pasaran dan menjadi perbualan hangat, filem seram bergenre serupa seperti The Priests (2015) dan The Wailing (2016) kembali menjadi perbincangan di kalangan netizen.

Industri perfileman Korea Selatan sekali lagi akan menghidangkan filem seram okultisme yang dihiasi pelakon-pelakon popular pada akhir tahun 2024 ini. Filem seram tersebut bertajuk Devils Stay dengan Park Shin Yang, Lee Min Ki, dan Lee Re sebagai pelakon utama.

Filem ini disebut-sebut bakal menyaingi pencapaian hebat filem Exhuma. Sebelum filem ini ditayangkan secara rasmi, mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik tentang filem seram Devils Stay seperti berikut ini!

 

Filem

1. Tayangan filem Devils Stay disahkan oleh Showbox selaku distributor pada 7 Oktober 2024. Showbox juga merupakan distributor yang bertanggungjawab untuk filem Exhuma

 

Filem seram

2. Filem ini menandakan kemunculan semula Park Shin Yang ke layar perak selepas 11 tahun sejak muncul dalam Man on the Edge (2013). Devils Stay juga merupakan filem okultisme pertamanya

 

5df8fb26 a385 4c04 b989 d7fb935a630b

3. Bintang filem A Promise (1998) ini membawa watak sebagai Seung Do, pakar bedah toraks yang kehilangan anaknya selepas ritual pengusiran syaitan

 

d49f22ed 83e7 42ed 9535 5b364a8a9ff0

4. Anak Seung Do adalah So Mi (Lee Re). So Mi pada awalnya memiliki gejala aneh sehingga ibu bapanya memanggil seorang pastor yang bernama Hae Sin (Lee Min Ki)

 

86c2d566 ff23 4657 a3a0 3a7b4fca723d

5. Kemudian Seung Do mendengar suara So Mi di rumah pengkebumian. Oleh sebab itulah dia yakin bahawa anaknya itu masih hidup

 

370f452f 9e56 4aba 9a36 0324c00069f7

6. Hae Sin juga yakin bahawa itu adalah perbuatan roh jahat yang masuk ke dalam jiwa So Mi. Dia terlambat menyedari kewujudan “sosok” tersebut

 

da67de34 e4ae 485a a883 e0814bc70c72

7. Dalam waktu 3 hari selama upacara pengkebumian, dia perlu bergerak cepat untuk menghentikan proses sosok roh jahat itu terbangun dari jiwa seorang gadis yang sudah meninggal dunia

Kebenaran di sebalik kematian So Mi dan roh yang merasuknya bakal terjawab tidak lama lagi. Filem Devils Stay akan ditayangkan pada bulan November 2024 akan datang. Namun, tarikh rasmi tayangan belum diumumkan. Tunggu maklumat seterusnya ya!

Baca lagi: Lee Min Ki Jadi Pengusir Syaitan dalam Filem Seram Terbaru “Devils Stay”, Tayang November Ini
Baca juga: Penuh Aksi, Tonton 6 Filem dan Siri Korea Ini di Netflix

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here