Home Reality Show Saksikan 3 Rancangan Hiburan Baru Di Viu Ini, Penuh Dengan Aksi dan...

Saksikan 3 Rancangan Hiburan Baru Di Viu Ini, Penuh Dengan Aksi dan Destinasi Menarik

0

Bulan Oktober 2024 di Viu dipenuhi dengan pelbagai rancangan yang sedia memacu adrenalin dan menghiburkan peminat rancangan hiburan dari Korea Selatan.

Bulan ini, Viu bukan sahaja menyajikan rancangan hiburan survival muzik, malah pengembaraan menarik ke Itali juga akan menemani para penonton!

Tiga rancangan menarik ini didatangkan dengan pelbagai tema menarik dan bersedia memberikan pengalaman tontonan yang tidak dapat dilupakan. Bersedia untuk kejutan, ketawa dan merasai keseronokan?

 

1. RAP: PUBLIC

Viu

Dalam RAP: PUBLIC yang mula disiarkan sejak 4 Oktober lepas, 60 penyanyi rap bersaing dalam permainan survival yang menggabungkan rap dengan strategi survival. Rancangan ini akan menonjolkan kreativiti dan kemahiran mereka dalam situasi yang serba minimalis, dengan fokus utama pada kebolehan sebenar mereka.

Jay Park, yang mengetuai rancangan ini sebagai pengacara, mendedahkan bahawa peserta terdiri daripada penyanyi rap terkenal hinggalah pendatang baru berbakat. Dengan persaingan yang sengit ini, setiap penyanyi rap berpeluang menunjukkan kebolehan terbaik mereka. Rap: Public bukan sahaja pertandingan rap, tetapi juga pentas untuk menonjolkan watak dan daya tarikan mereka melalui muzik.

 

2. Europe Outside Your Tent: Romantic Italy

Rancangan

Bersedia untuk menikmati keindahan Itali dengan rancangan Europe Outside Your Tent: Romantic Italy, yang telah mula disiarkan pada 19 Oktober. Rancangan ini menampilkan empat pelakon Korea berkhemah di lokasi-lokasi indah di Eropah.

Dipandu oleh Ra Mi Ran yang sentiasa ceria, mereka menikmati kebebasan perjalanan dengan kereta sewa dan menginap di kawasan perkhemahan dan bukannya hotel mewah. Lihat bagaimana Lee Joo Bin menunjukkan kekuatan tersembunyi, Lee Se Young merancang laluan perjalanan dengan teliti, dan Kwak Sun Young dengan semangat nya menguasai tugas harian.

Dengan latar belakang yang indah dan gelagat komedi pelakon-pelakon ini  ini tentunya akan meninggalkan kenangan manis buat semua yang menontonnya.

 

3. Road to Kingdom: Ace of Ace

IMG 7458

Road to Kingdom: Ace of Ace ialah rancangan survival yang menampilkan tujuh pasukan kumpulan Kpop lelaki yang berpotensi untuk menjadi nama besar. Mereka akan menjalani pelbagai misi berkaitan kebolehan mereka beraksi dalam nyanyian dan tarian. Setiap misi akan dinilai berdasarkan undian untuk menentukan ranking setiap pasukan dalam pertandingan.

Seperti rancangan survival yang lain, akan ada pasukan yang tersingkir dalam setiap misi. Mereka yang diisytiharkan gagal tidak boleh meneruskan misi seterusnya. Merujuk kepada musim pertama Road to Kingdom, salah satu gubahan pemarkahan ialah 30 peratus ditentukan oleh undian peserta dan 70 peratus dengan undian daripada penonton dalam talian.

Terdapat tujuh pasukan kumpulan Kpop yang akan bertanding. Mereka ialah The New Six, The Crew One, 8TURN, ONEUS, YOUNITE, CRAVITY, dan TEMPEST. Mereka bersaing untuk masuk ke pusingan akhir dan menjadi juara. Rancangan ini dihoskan oleh Taemin SHINee.

Jadi, jangan ketinggalan untuk menonton semua rancangan hiburan diatas yang anda boleh strim di Viu ya!
Jangan lupa langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama dan rancangan variasi menghiburkan tanpa sebarang gangguan iklan.
Baca lagi: Viu Original From Saga With Love 2 Kembali Menghangatkan Skrin Anda, Hun Haqeem Jadi Orang Ketiga?
Baca juga: 6 Sebab Mengapa Kena Layan Rancangan Variasi Korea Fresh Off The Sea

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here