Filem Korea kini memang menjadi salah satu hiburan yang banyak dipilih. Ada pelbagai genre filem yang boleh anda tonton.
Jika anda suka dengan genre thriller sadis, maka pilihan filem psiko thriller dari Korea berikut ini boleh dijadikan pilihan.
Filem-filem Korea dengan genre psiko thriller ini memiliki jalan cerita yang akan membuatkan anda selalu menahan nafas semasa menontonnya. Bukan hanya menampilkan pembunuhan yang sadis sahaja, namun juga memberikan misteri yang membuatkan penonton merasa tidak senang duduk.
1. WHISPERING CORRIDORS (1998)
Filem psiko thriller tahun 1998 ini menceritakan tentang pembunuhan misteri yang terjadi di sekolah Jookran, sebuah sekolah menengah khas perempuan yang mempunyai peraturan sangat ketat dan disiplin yang hebat dalam mendidik pelajar-pelajarnya.
Pembunuhan yang pertama mengorbankan mangsa seorang guru kelas yang ditemui gantung diri dalam bangunan sekolah. Pada awalnya kematian guru kelas itu ingin disembunyikan oleh pihak pengurusan sekolah, tetapi oleh kerana beberapa orang pelajar secara tidak sengaja telah melihat mayat guru yang tergantung dengan tubuh berlumuran darah, berita ini mula kecoh.
Tidak lama selepas kematian guru kelas tersebut, guru lain yang menggantikannya juga turut meninggal dunia. Guru baru itu ditemui tidak bernyawa dengan tubuh berlumuran darah akibat tikaman. Akhirnya, keadaan sekolah semakin menyeramkan dan huru hara. Eun Young, pelajar yang memiliki kuasa indera keenam merasakan kehadiran Jun Ji, kawannya yang meninggal dunia di sekolah akibat kemalangan.
Tidak lama kemudian, giliran seorang pelajar yang sangat pendiam pula meninggal dunia secara misteri. Gangguan terus berlanjutan di sekolah itu dengan pelbagai pembunuhan misteri.
2. INTO THE MIRROR (2003)
Filem psiko thriller ini bermula dari pembunuhan bersiri di sebuah pusat beli belah, dan semua kejadian melibatkan cermin kaca serta Woo Young Min, seorang bekas detektif dari balai polis di Seoul terpukul dan bersalah kerana sudah menyebabkan nyawa rakannya melayang semasa sebuah insiden tawanan.
Detektif itu kemudian memutuskan untuk meletakkan jawatan dan menjadi pengawal keselamatan di Dreampia, sebuah bangunan kedai milik bapa saudaranya. Dreampia sebenarnya memiliki sejarah kelam, pernah mengalami kebakaran dahsyat yang menyebabkan beberapa orang pekerja mati terbakar.
Suatu hari, sebelum Dreampia rasmi beroperasi kembali, terjadi sebuah peristiwa bunuh diri misteri yang melibatkan salah seorang pekerjanya. Peristiwa mengerikan ini rupa-rupanya mengusik jiwa detektif Woo Young Min. Dia kemudian melakukan penyiasatan dan menemui keanehan. Peristiwa ini rupa-rupanya berhubung kait dengan cermin-cermin yang ada di bangunan itu.
3. BLACK HOUSE (2007)
Filem psiko thriller ini mengisahkan tentang pengembaraan seorang ejen insuran yang bernama Jeon Joon Oh. Semasa dia berada di rumah pelanggannya, Joon Oh menjadi saksi aksi bunuh diri seorang anak lelaki di rumah tersebut.
Kejadian itu membawanya mengetahui rahsia pelik keluarga yang aneh. Joon Oh pun terlibat dalam permainan psikopat berdarah kejam yang menuntutnya untuk menang. Jika berlaku sedikit kesalahan, dia bakal hilang nyawanya. Filem ini memberikan sensasi ketegangan melalui jalan cerita yang mencengkam dan pengakhiran cerita yang tidak terduga.
4. THE CHASER (2008)
Perkara yang menjadikan filem psiko thriller ini unik dan menarik adalah adalah filem THE CHASER merupakan adaptasi dari kisah benar seorang pembunuh bersiri di Korea Selatan yang bernama Yoo Youngchul.
Watak pembunuh besiri bernama Ji Young Min. Dia membunuh para pekerja seks yang dilanggan melalui bapa ayam yang bernama Jung Ho. Tindakannya tersebut mula dicurigai apabila setiap pekerja seks yang dilanggannya hilang seorang demi seorang. Siasatan juga semakin sukar kerana Young Min berpura-pura gila semasa disoal siasat.
5. I SAW THE DEVIL (2010)
Filem psiko thriller ini mengisahkan tentang Soo Hyun, seorang ejan rahsia. Suatu hari, kekasih Soo Hyun yang bernama Joo Yeon ditemui mati dengan tragis di tangan seorang pembunuh bersiri yang bernama Kyung Chul. Kyung Chul adalah seorang psikopat yang meragut nyawa orang lain sesuka hati. Kyung Chul membunuh untuk kepuasan batinnya sendiri.
Kematian Joo Yeon membuatkan kemarahan Soo Hyun memuncak. Dia bersumpah untuk mencari Kyung Chul dan membalas dendam. Soo Hyun tidak lagi mempercayai sistem undang-undang. Dia perlu mencari Kyung Chul walau risiko perburuan ini bakal mengubah hidup Soo Hyun. Bahkan, Soo Hyun sudah tidak peduli lagi jika dia berubah menjadi pembunuh kejam seperti Kyung Chul untuk membalas dendamnya.
6. BLUEBEARD (2017)
Filem psiko thriller ini merupakan filem Korea tentang pelbagai pembunuhan yang cukup mengerikan. Filem ini mengisahkan tentang Seung Hoon, seorang doktor yang bekerja di sebuah hospital selepas klinik miliknya muflis.
Dia mendapat pekerjaan hospital dan terlibat dalam serangkaian kes pembunuhan ketika pesakitnya mengatakan sesuatu yang mengganggu fikirannya. Pada awalnya, dia tidak percaya kata-kata pesakitnya tersebut. Namun, sebuah kejadian mengejutkan membuatkan Seung Hoon terlibat dalam sebuah pembunuhan misteri.
7. MEMOIR OF A MURDERER (2017)
Filem psiko thriller MEMOIR OF A MURDERER ini adalah adaptasi dari sebuah novel yang sangat terkenal karya Kim Young Ha. Filem ini mengisahkan tentang Byeong Soo yang merupakan seorang lelaki separuh usia yang sibuk dengan pekerjaannya menjadi seorang doktor haiwan di sebuah bandar kecil. Di samping itu, dia juga perlu menjaga anak perempuan tunggalnya yang bernama Eun Hee.
Namun, Byeong Soo memiliki sisi gelap dalam hidupnya. Sangat mengejutkan, dia dulunya pernah membunuh ayahnya dan sejak waktu itu dia yakin bahawa memang ada orang yang layak untuk dibunuh dan mereka perlu mati. Perkara ini menjadikan dia sebagai seorang pembunuh bersiri yang menyeramkan. Namun, dia kini menderita penyakit Alzheimer akibat kemalangan yang membuatnya susah mengingati sesuatu kejadian. Kini anaknya pula berada dalam bahaya kerana sedang diintai oleh seorang pembunuh bersiri yang menakutkan.
8. RECALLED (2021)
Filem psiko thriller ini mengisahkan tentang Ji Hoon seorang suami yang penuh kasih sayang dan begitu sempurna, tapi dia memiliki sisi misteri yang membuatkan Soo Jin merasa ada perkara aneh dalam ingatannya tentang suaminya itu, tapi dia tidak dapat mengingati butiran tersebut.
Filem RECALLED ini banyak menampilkan kisah psiko thriller yang mencengkam perasaan. Sosok Soo Jin kelihatan memiliki beberapa ingatan tentang suaminya yang merupakan seorang pembunuh. Adakah ingatan yang dimiliki oleh Soo Jin benar-benar sebuah realiti? Atau ini hanya khayalan dirinya semata-mata?
Demikian beberapa buah cadangan filem psiko thriller dari Korea yang boleh anda tonton. Bukan hanya memberikan cerita yang penuh misteri sahaja, namun banyak juga adegan pembunuhan yang mengerikan.
Baca lagi: Saksikan 3 Rancangan Hiburan Baru Di Viu Ini, Penuh Dengan Aksi dan Destinasi Menarik
Baca juga: “Sisterhood” Filem Korea Thriller Misteri Terbaru, Kisah Wanita Gila Seks yang Mengancam Nyawa