Ada banyak kerjaya yang sering ditampilkan dalam drama Korea.
Kali ini drama Korea A Virtuous Business mengangkat cerita dengan gambaran karakter utama yang terlibat dalam dunia direct selling dengan bersama kawan-kawannya. Mereka menjual barang-barangan dewasa, seperti alat permainan seks untuk pasangan suami isteri dan juga pakaian dalam.
Ada empat watak yang bekerja dalam bidang direct selling ini iaitu Han Jeong Suk (Kim So Yeon), Seo Young Bok (Kim Sun Young), Oh Geum Hee (Kim Sung Ryung) serta Lee Joo Ri (Lee Se Hee).
Sebagaimana yang kita ketahui, setiap kerjaya mempunyai cabaran dan risikonya yang tersendiri. Apakah cabaran bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan direct selling ini yang digambarkan secara terang dalam jalan cerita drama Korea A Virtuous Business?
1. Semasa proses direct selling, ramai pembeli yang menawar-nawar harga. Bahkan mereka juga meminta diskaun tambahan. Membuatkan hati para peniaga direct selling resah dan gelisah
2. Para peniaga direct selling mesti selalu muncul dengan inovasi baru terhadap gaya jualan mereka, tujuan utamanya ialah untuk membuatkan para bakal pembeli tertarik
3. Ditolak dan tidak dilayan merupakan makanan seharian para peniaga direct selling. Tidak hairanlah jika pekerjaan ini kerap dijadikan pilihan terakhir atau langsung tidak diminati oleh ramai orang
4. Selepas kaum isteri membeli pakaian dalam, suami mereka menunjukkan protes kepada para peniaga direct selling. Para peniaga ini dianggap telah melakukan penipuan harga
5. Menjual barang-barang dewasa, membuatkan Oh Geum Hee dijauhi oleh kawan-kawannya. Barang yang dijual dianggap menjijikkan
Baca juga: “A Virtuous Business” Siri Korea Komedi Baru yang Penuh Lawak Jenaka, Bawa Isu Taboo Masyarakat
6. Semasa ditanya oleh anak mereka, Han Jeong Suk dan Lee Joo Ri kebingungan untuk menjawab. Semuanya kerana anak mereka belum cukup umur untuk mengerti perkara itu
7. Para penaga ini meminta penduduk setempat mengisi survey demi untuk meningkatkan perniagaan mereka. Namun, mereka terus menolak, bersembunyi dan berpura-pura sibuk
8. Para penduduk terus mencemuh tindakan keempat-empat peniaga kerana barangan yang dijual mereka. Dengan sangat berani, Jeong Suk berdepan dengan para wanita yang mencemuhnya
9. Demi untuk memikat hati baka pembeli, Jeong Suk sanggup mengeluarkan modal permulaan yang berupa produk percuma untuk bakal pembeli yang bersedia untuk mengisi borang survey
Tidak boleh dinafikan, keuntungan dari hasil jualan mereka sangat lumayan. Buktinya, Han Jeong Suk dan Seo Young Bok berjaya membelikan barang-barang keperluan untuk anak-anak mereka. Selain kerana keuntungan, sebab utama Oh Geum Hee terlibat dalam perniagaan ini adalah kerana dia ingin mengembangkan bakatnya.
Bertemu dengan ramai orang, mencari idea-idea baru untuk meningkatkan jualan adalah perkara-perkara biasa yang perlu dilakukan oleh para peniaga ini. Selain itu, seorang peniaga direct selling perlu selalu semangat, supaya tidak mudah menyerah kerana ditolak dan tidak dilayan.
Baca lagi: 17 Drama Korea yang Membuatkan Jantung Berdebar, Penuh Babak Mencemaskan
Baca juga: A Virtuous Business: Kisah 4 Ibu Menjual Produk Dewasa, Penuh Jenaka Menghiburkan
Drama Korea A Virtuous Business sangat sesuai untuk anda yang sedang dalam proses mengembangkan perniagaan atau kerjaya sebagai juru jual dan bidang yang terbabit.