Home Artis Korea Jung Woo Sung Mengakui Mempunyai Anak Lelaki Hasil dari Hubungannya Bersama Seorang...

Jung Woo Sung Mengakui Mempunyai Anak Lelaki Hasil dari Hubungannya Bersama Seorang Model

0

Pelakon terkenal Jung Woo Sung, 51, telah mengesahkan bahawa dia adalah bapa kandung kepada anak lelaki seorang model yang dikenali sebagai Moon Ga Bi yang baru lahir.

Ini menyebabkan perhatian kembali tertumpu pada temu bual lamanya di mana dia berbicara secara terbuka tentang perkahwinan semasa Moon Ga-bi sedang hamil.

Pada hari Isnin, pelbagai komuniti dalam talian mengulang siar video Jung muncul di saluran YouTube penyanyi Sung Si-kyung pada November tahun lalu.

Jung woo sung

Menurut media dalam talian Dispatch, Moon Ga Bi memaklumkan kepada Jung Woo Sung tentang kehamilannya pada bulan Jun 2023 dan melahirkan anak mereka pada bulan Mac 2024, yang bermaksud temu bual tersebut diadakan ketika dia sedang mengandung.

Dalam rancangan itu, Sung Si-kyung bertanya kepada Jung Woo Sung mengapa dia belum berkahwin. Jung Woo-sung menjawab, “Bukan saya tidak mahu berkahwin, tetapi saya tidak boleh. Saya sudah terlepas masa yang sesuai.”

Mengenang pengalaman lalunya, Jung Woo-sung berkata, “Saya adalah pelakon pertama yang secara terbuka mengakui mempunyai teman wanita. Adakah salah bagi pelakon atau selebriti untuk mempunyai seseorang di sisi mereka kerana status mereka? Saya rasa itu sesuatu yang malang bagi kami sebagai penghibur.”

IMG 1258

Jung Woo Sung dan Moon Ga Bi dilaporkan bertemu dalam satu perjumpaan pada tahun 2022. Selepas mengetahui tentang kehamilan Moon Ga Bi, Jung Woo Sung berbincang mengenai penjagaan selepas bersalin dan sokongan kewangan dengannya.

Namun, sumber mendedahkan bahawa mereka tidak berada dalam sebuah hubungan dengan niat untuk berkahwin, sebaliknya bersetuju untuk membesarkan anak mereka bersama sambil mengekalkan kehidupan masing-masing secara bebas.

Jung Woo Sung akan membuat penampilan awam pertamanya sejak berita tentang statusnya sebagai bapa di Anugerah Filem Blue Dragon ke-45 pada Jumaat ini, 29 November 2024.

Acara yang berlangsung di Dewan KBS di Daerah Yeongdeungpo, Seoul, akan menyaksikan Jung Woo Sung hadir sebagai calon Pelakon Terbaik melalui peranannya sebagai Lee Tae-shin dalam filem “12.12: The Day.”

Jika Jung Woo Sung memenangi anugerah itu, perhatian akan tertumpu pada ucapan penerimaannya untuk melihat sama ada dia akan mengulas mengenai pengesahan statusnya yang kini bergelar seorang bapa.

Sekiranya dia tidak memenangi anugerah tersebut, penyertaannya dalam sesi karpet merah dan temu bual yang dijadualkan juga boleh menjadi peluang untuk dia memberi komen tentang perkara ini.

Agensi Jung Woo Sung, Artist Company, mengesahkan pada hari Ahad: “Anak yang didedahkan oleh Moon Ga-bi di media sosial adalah anak kandung Jung Woo Sung. Perbincangan sedang berlangsung untuk menentukan pendekatan terbaik dalam penjagaan anak, dan Jung Woo Sung akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.”

Moon Ga-bi telah mengumumkan kelahiran anaknya di akaun media sosialnya pada hari Jumaat lalu dengan berkongsi foto dirinya memegang bayinya.

IMG 1257

Dalam hantaran itu, dia menulis: “Sebagai seorang ibu baru, saya mendapat keberanian untuk mengejar kehidupan yang penuh kesederhanaan. Ketika berita tidak dijangka ini datang, saya tidak bersedia. Daripada benar-benar meraikan kegembiraan kehamilan, saya menghabiskan sebahagian besar masa secara diam-diam dengan restu keluarga, memberi tumpuan sepenuhnya kepada bayi yang bakal lahir.”

Sumber

Baca lagi: 4 Filem Korea 2024 Ubah Suai Tarikh Tayangan untuk Elak Pertembungan dengan ‘Squid Game’ Musim 2
Baca juga: Kim Tae Ri Kekal Unggul di Carta Populariti, Woo Do Hwan Melonjak di Peringkat Global

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here