Drama korea popular terbitan tvN iaitu “Parole Examiner Lee”, sekali lagi membuktikan keunggulannya dengan peningkatan ketara dalam jumlah tontonan.
Parole Examiner Lee telah berjaya menarik perhatian penonton di seluruh negara Korea Selatan, dan episod ke-4 bagi drama Korea ini mencatatkan purata rating tontonan nasional sebanyak 6.3 peratus, menurut data terkini yang dicatatkan oleh Nielsen Korea.
Pencapaian ini amat mengagumkan, memandangkan drama Korea ini menunjukkan lonjakan sebanyak 1.6 peratus berbanding episod sebelum ini yang hanya mencatatkan rating 4.7 peratus. Dengan rekod baru ini, drama “Parole Examiner Lee” terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai salah sebuah drama yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat pada setiap minggu.
Jalan cerita yang penuh dengan elemen mencengkam jiwa serta ketegangan dan lakonan mantap dari para pelakon utama dipercayai menjadi faktor utama kejayaan drama ini. Pemaparan watak yang kompleks dan plot cerita yang tidak dapat diduga membuatkan para penonton sentiasa tertunggu-tunggu episod baru yang seterusnya.
Baca juga: Episod 1-2 Parole Examiner Lee Dedahkan Kenapa Peguam Lee Berubah Menjadi Pegawai Parol Lee
Dalam pada itu, drama Korea lain seperti “Brewing Love” terbitan ENA turut cuba mengekalkan daya tarikannya kepada para penonton. Episod ke-8 drama ini mencatatkan purata rating tontonan nasional sebanyak 1.8 peratus, hanya sedikit menurun daripada episod sebelum ini yang mencatatkan rating tontonan sebanyak 1.9 peratus. Walaupun angka ini lebih rendah berbanding “Parole Examiner Lee”, drama ini masih mempunyai kelompok peminat setia yang menghargai kisah romantis drama ini yang ringan dan sangat menyentuh hati.
Kedua-dua drama Korea ini membuktikan bahawa dunia hiburan Korea terus berkembang dengan menawarkan pelbagai genre yang dapat memenuhi citarasa para penonton, sama ada para penonton yang gemarkan elemen aksi dan sentuhan misteri seperti “Parole Examiner Lee” atau yang mencari kisah cinta yang manis dan membahagiakan seperti “Brewing Love”.
Dengan pencapaian peningkatan rating ini, para peminat setia pasti tidak sabar untuk melihat ke mana hala tuju kedua-dua drama Korea ini dalam episod-episod baru yang seterusnya. Anda meminati drama yang mana?