Home Kdrama/Kmovie Drama Korea The Tale of Lady Ok: Son Na Eun Mengubah Hidup Lim Ji...

The Tale of Lady Ok: Son Na Eun Mengubah Hidup Lim Ji Yeon dari Gadis Hamba Menjadi Bangsawan

0

Drama Korea The Tale of Lady Ok mengisahkan Goo Deok (Lim Ji Yeon), seorang hamba pada era Joseon.

Suatu hari akibat satu insiden, dia mula hidup dengan identiti baru sebagai seorang gadis bangsawan bernama Ok Tae Young. Dengan identiti tersebut, Goo Deok menjadi penasihat undang-undang kepada golongan miskin dan yang tidak berdaya.

IMG 3396 IMG 3403 IMG 3401

Namun bukan Goo Deok sahaja yang luar biasa, watak Ok Tae Young (Son Na Eun) yang asal juga tidak kurang hebatnya. Ok Tae Young dikenali dengan keperibadian yang mulia dan baik hati. Malah, kerana kebaikannya, Goo Deok menjadi lebih yakin diri serta berani membantu orang lain.

Mari kita lihat 8 sifat positif Ok Tae Young (Son Na Eun) dalam The Tale of Lady Ok sehingga mengubah hidup Lim Ji Yeon:

1. Ok Tae Young Tidak Pernah Diskriminatif Terhadap Orang Berbeza Status Sosial

Lady OK

Ok Tae Young tidak pernah merendahkan sesiapa, walaupun mereka berlainan status sosial daripadanya atau keluarganya.

2. Menganggap Semua Orang Setara

75a22c8b 8674 4063 8a44 9b80392effcb

Baginya, setiap orang adalah sama dan tidak wajar dipandang rendah hanya kerana perbezaan kelas sosial atau kekayaan.

3. Berteman Tanpa Mengira Status

95471ca4 ed9e 429c 88be 349a446109c6

Ok Tae Young berkawan dengan sesiapa sahaja, tanpa membezakan darjat. Malah, dialah yang terlebih dahulu mendekati Goo Deok untuk menjalin persahabatan.

4. Membantu Goo Deok Menjadi Yakin Diri

660a5607 53b2 4ba7 8f74 60a162d0caec

Walaupun Goo Deok sering merasa rendah diri di sisinya, Ok Tae Young sentiasa mengatakan perkara yang baik dan memujinya sehingga Goo Deok lebih berkeyakinan.

5. Akrab dengan Para Hamba di Rumahnya

0d2ff64b 87a5 4614 8818 b066a4b297b5

Ok Tae Young juga sangat rapat dengan para hamba keluarganya. Dia melayan mereka seperti keluarga, malah sering membelikan mereka hadiah.

6. Tidak Mahu Goo Deok Tetap Menjadi Hamba

75a22c8b 8674 4063 8a44 9b80392effcb 1

Apabila diminta membawa Goo Deok bersamanya, Ok Tae Young enggan gadis itu kekal menjadi hamba. Sebaliknya, dia meminta ayahnya mengambil Goo Deok sebagai anak angkat.

7. Cita-Cita Mulia untuk Membantu Orang Tertindas

e81cce08 1c84 492a 831d 1e991722de8f

Ok Tae Young bercita-cita untuk menjadi penasihat undang-undang, dengan niat membantu mereka yang menjadi mangsa ketidakadilan.

8. Berkorban untuk Menyelamatkan Goo Deok

IMG 3404

Sebelum meninggal dunia dalam serangan perompak di tempat penginapannya, Ok Tae Young sempat membantu Goo Deok melarikan diri agar dia terus hidup.

Semasa hayatnya, Ok Tae Young dalam The Tale of Lady Ok membuktikan bahawa kekayaan dan status sosial tidak menjadikan seseorang lebih mulia. Sebaliknya, dia menggunakan keistimewaannya sebagai seorang bangsawan untuk membantu orang lain. Keperibadiannya yang baik hati ini wajar dijadikan contoh di dunia nyata.

The Tale of Lady Ok” mula ditayangkan pada 30 November dan penonton boleh strim pada tayangan setiap Sabtu dan Ahad di Viu!
Saksikan juga drama dan rancangan popular kegemaran anda secara PERCUMA hanya di Viu!
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!
Baca lagi: Suka “The Tale of Lady Ok? Tonton 7 Drama Sageuk Ini
Baca juga: Hanya di Viu “The Tale of Lady Ok”, Lim Ji Yeon sebagai Hamba Tertindas yang Menjadi Bangsawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here