Ghost Mansion merupakan filem seram Korea yang terbahagi kepada lima cerita. Ia mengisahkan khabar angin pelik-pelik yang melingkari sebuah apartmen terbiar dipanggil Gwang-lim Mansion.
Sinopsis
Ji-Woo, seorang artis webtoon pergi ke sebuah pangsapuri kosong yang novelis Stephen King pun mungkin tak berani pergi bagi mencari idea bagi karya terbarunya yang bergenre seram.
Di sana, dia bertemu dengan seorang penjaga bangunan misteri yang menceritakan perkara-perkara ganjil yang pernah berlaku di kompleks pangsapuri tersebut contohnya apa yang menimpa penghuni Unit 504, 708 dan seterusnya…
Semakin Ji-Woo dengar cerita-cerita tersebut, semakin dia obses pada Gwang-lim Mansion.
Lima kisah
Bab 1 Unit 504: Penulis
“Saya dengar bunyi pelik datang dari bawah.”
Seorang penulis yang mahu menulis sebuah novel telah berpindah ke sebuah unit Gwang-lim Mansion untuk fokus pada kerjanya.
Suatu hari, dia kompelin kepada penjaga bangunan tentang bunyi bising kanak-kanak di rumah bawah namun diberitahu tiada siapa tinggal di situ. Apabila kembali, dia mendapati ada kasut lama kanak-kanak di unitnya…
Bab 2 Unit 907: Ahli Farmasi
“Boyfriend saya tengah mandi, tapi dia juga ada di luar pintu saya.”
Sun-hwa bekerja di farmasi dan bercinta dengan suami orang bernama Ho-jun. Sudah banyak malam mimpi buruk menyelubunginya.
Hari itu, Ho-jun datang ke rumah dan mengatakan dia telah meninggalkan isterinya. Kemudian kekasihnya berulang kali kata jangan beritahu sesiapa pun yang dia sedang mandi. Ketika itu juga dia dengar suara teman lelakinya panggil dan ketuk di luar pintu depan.
Bab 3 Unit 708: Broker hartanah
“Saya dengar suara-suara di saluran air.”
Dia adalah broker yang hanya pentingkan jualan berbanding tunjuk rumah yang bagus-bagus kepada pelanggannya. Dia tinggal seorang diri dan panggil orang untuk baiki sink dapurnya yang tersumbat.
Puncanya dapat dikenal pasti apabila mereka jumpa gumpalan rambut panjang. Sejak itu, dia sering dengar suara-suara aneh dari longkang.
Bab 4 Unit 604: Pelajar
“Kulat di rumah semakin tumbuh.”
Setelah bertahun-tahun belajar di luar negara, Tae-hoon pulang ke Korea. Dia datang untuk tinggal sebentar dengan Jae-seok, temannya masa kecil.
Suatu hari, Tae-hoon membuka pintu rumah dengan rasa curiga dan terkejut bila tengok rumah kawannya penuh dengan kulat.
Bab Akhir Unit 1504: Penjaga Bangunan Itu
“Saya naik lif seorang diri, tetapi saya berasa ada seseorang di sini.”
Ji-woo menerima kunci Bilik 1504 daripada penjaga bangunan tersebut. Dia naik lif untuk tahu sendiri apa berlaku di Gwang-lim Mansion.
Namun tiba-tiba seorang pengirim barang yang tidak dikenali naik lif sekali dan kemudian mengejarnya. Akhirnya dia sampai di Bilik 1504, di mana dia jumpa perakam dengan rakaman suara penjaga tersebut, dan almari yang kelihatan mencurigakan.
Namun, seorang pengirim barang yang tidak dikenali menaiki lif dan kemudian mengejarnya. Ji-woo akhirnya tiba di Bilik 1504, di mana dia menjumpai perakam dengan suara pengasuh dirakam, dan almari yang kelihatan mencurigakan.
Sumber: Kavenyou
Jom follow rapat FB page DaebaKing dan akaun IG Daebakingz untuk tahu lagi cerita-cerita menarik dan teropong dunia!