Di mana kemahuan, di situ ada jalan, lebuh raya termasuk jalan tikus. Demikianlah keinginan Carlos Ghosn, CEO Nissan yang kuat untuk melepaskan diri daripada tahanan pihak penguasa di Jepun.
Sebelum ini, Ghosn dijulang sebagai pahlawan di Jepun kerana berjaya memimpin Nissan dan dianggap sebagai legenda dalam dunia automotif. Malah kisah hidupnya sempat dijadikan komik manga bersiri dan digelar sebagai “Super CEO”.
Tetapi semua itu berakhir apabila namanya diheret ke lumpur dalam skandal salah guna wang syarikat walaupun beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.
Dek kerana tidak puas hati dengan undang-undang Jepun yang dianggapnya sebagai tidak adil, dia mula plot sesuatu bagi melarikan diri sehingga menjadi buruan pihak International Criminal Police Organization (Interpol). Di sinilah ceritanya bermula…
Misi Penyeludupan Keluar
Pada hari kejadian, Ghosn dibantu oleh dua beranak warga Amerika iaitu Michael dan Peter Taylor di mana mereka menyeludup individu berprofil tinggi itu keluar dari hotel menuju ke lapangan terbang seperti babak dalam filem aksi.
Ghosn cuba fikir di luar kotak bagi melarikan diri namun mentol ideanya menyala apabila terlintas kotak dan bagasi di kepalanya supaya tiada siapa dapat mengesannya.
Carlos Ghosn dikatakan bersembunyi di dalam sebuah kotak alat muzik yang besar yang dipilih kerana saiznya yang besar dan tidak mampu melepasi sistem pengimbas barangan di lapangan terbang.
Destinasi yang hendak dituju adalah ke Lubnan dengan menaiki jet peribadi, tempatnya membesar bagi mencari perlindungan politik di sana. Dia transit di Turki sebelum tiba di Lubnan, yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Jepun.
Menurut portal BBC, sehingga kini Ghosn masih ada di Lubnan, hidup dalam buangan manakala orang-orang yang membantunya melarikan diri pula dihukum penjara kerana bersubahat.
Sumber: Lokadata, The Guardian, Vocket, BBC
Jom follow rapat FB page DaebaKing dan akaun IG Daebakingz untuk tahu lagi cerita-cerita menarik dan teropong dunia!
Satu lagi kisah menarik di Jepun adalah kisah tentang Pulau Hashima yang anda mungkin berminat nak baca: