Home Drama/Filem Jepun 5 Cadangan Drama Jepun Berunsur Seram Komedi, Hantu Pun Boleh Kelakar?

5 Cadangan Drama Jepun Berunsur Seram Komedi, Hantu Pun Boleh Kelakar?

0

Drama Jepun atau dorama dengan genre apa yang menjadi kegemaran anda? Cinta monyet di sekolah? Atau lebih gemar dengan misteri dan unsur supernatural?

Setiap orang pastinya ada genre kegemaran masing-masing, bukan? Namun, anda juga patut mencuba menonton drama berunsur seram komedi.

Kenapa? Drama Jepun berunsur seram komedi agak jarang dihasilkan. Kebanyakannya lebih tertumpu pada genre cinta, misteri, atau drama bertema kesihatan dan kepolisian. Jadi, drama dengan genre ini akan memberikan pengalaman tontonan yang segar dan berbeza. Contohnya, ada drama seram komedi yang digabungkan dengan elemen romantik atau kisah sekolah.

Lima drama yang disenaraikan di bawah ini menggabungkan semua elemen tersebut. Berikut adalah cadangan drama Jepun berunsur seram komedi terbaik. Jom kita lihat!

1. Youkai Sharehouse (2020)

Drama jepun

Youkai Sharehouse mengisahkan seorang wanita bernama Mio Meguro yang sering dilanda nasib malang. Meguro seorang yang pemalu dan sukar menyatakan isi hatinya. Semua masalahnya hanya dipendam.

Suatu hari, Meguro mendapat pekerjaan dan bercinta dengan rakan sepejabatnya. Ketika dia berhasrat untuk berkahwin, dia mendapati lelaki tersebut seorang penipu yang menyebabkan dia kehilangan pekerjaan dan menjadi miskin.

Dalam keadaan terdesak, Meguro menemui rumah sewa bersama (sharehouse) dengan harga yang murah. Namun, rumah itu adalah tempat tinggal makhluk halus atau youkai. Pada mulanya, hantu-hantu di situ berniat untuk menakutkan Meguro supaya dia keluar dari rumah itu. Tetapi, melihat nasib malang yang menimpanya, hantu-hantu tersebut akhirnya membantu Meguro menyelesaikan pelbagai masalah hidupnya.

Drama Youkai Sharehouse adalah pilihan terbaik jika anda mahu mencuba genre seram komedi.

2. Kasuka na Kanojo (2013)

3a76311d 8f83 49f1 be95 db1b2bd87f43

Kasuka na Kanojo menampilkan pelakon hebat seperti Shingo Katori, Anne Watanabe, dan Atsuko Maeda. Drama ini turut dibintangi Suzu Hirose yang ketika itu masih muda. Dengan barisan pelakon terkenal, drama ini sememangnya menarik perhatian ramai.

Drama ini mengisahkan seorang guru bernama Akira Kamiyama (Shingo Katori) yang menghadapi kesukaran menarik perhatian murid-muridnya. Walau bagaimanapun, Akira mempunyai kelebihan istimewa, dia boleh melihat hantu.

Di tempat tinggalnya, ada seorang hantu wanita bernama Akane (Anne Watanabe) yang pernah menjadi guru semasa hidupnya. Akane mula membantu Akira dalam menyelesaikan masalahnya, sehingga hubungan istimewa mula terjalin. Tapi, betul ke nak jatuh cinta dengan hantu?

3. Jigoku Sensei Nube (2014)

d56a05e5 a404 4fa7 aaac c009de350fbb

Drama ini juga berkisarkan guru dan hantu, tetapi dengan kelainan. Guru itu sendiri mempunyai elemen hantu. Meisuke Nueno, atau lebih dikenali sebagai “Nube” oleh pelajarnya, memiliki tangan berkuasa ghaib berbentuk hantu.

Namun, kuasa ini tidak disalahgunakan. Sebaliknya, Nube menggunakannya untuk membantu para pelajarnya melawan makhluk halus yang mengganggu mereka. Drama ini adalah adaptasi daripada anime Jigoku Sensei Nube yang terkenal pada tahun 1996.

Dengan barisan pelakon hebat seperti Mirei Kiritani dan Ryo Yoshizawa, drama ini pasti memberikan pengalaman seram komedi yang menghiburkan.

4. Yokai! Hyakkiya-High School (2018)

85d2d703 c513 41c9 abc7 931280e89695

Yokai! Hyakkiya-High School mengisahkan Kazuo Tanaka, seorang pelajar sekolah menengah yang sering dibuli. Dia merasa hidupnya suram dan sunyi.

Namun, segalanya berubah apabila dia menyedari sesuatu yang pelik di sekolahnya pada waktu malam. Tanpa sengaja, Kazuo mendapati sekolahnya sebenarnya menjadi tempat berkumpulnya youkai atau makhluk halus pada malam hari.

Apa yang menarik, Kazuo adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat makhluk-makhluk itu. Bukannya takut, dia menjadikan mereka sebagai kawan. Banyak adegan lucu berlaku antara Kazuo dan kawan-kawan hantunya sepanjang drama ini.

5. Ghost Friends (2009)

d737aa86 9ec1 414e 8c50 509759e01014

Jika anda mencari drama seram komedi dengan unsur romantik, Ghost Friends adalah pilihan terbaik.

Drama Jepun ini mengisahkan Asuka, seorang gadis yang mula berinteraksi dengan hantu selepas mengalami kemalangan misteri. Suatu hari, dia bertemu seorang lelaki yang membuat hatinya jatuh cinta. Tanpa disangka, lelaki itu sebenarnya adalah hantu yang berinkarnasi.

Bila lagi anda mahu cuba menonton drama Jepun berunsur seram komedi? Lima drama di atas menawarkan jalan cerita yang berbeza dan pastinya tidak membosankan. Sangat sesuai untuk tontonan, terutamanya pada musim cuti akhir tahun ini!

Baca lagi: Minat Pelakon Lagenda Jepun Takuya Kimura? Binge-Watch 6 Drama Jepun Ikonik Dibintanginya Ini
Baca juga: 4 Drama Jepun & Korea Yang Perlu Ditonton Jika Anda Rindukan “What Comes After Love”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here