Drama ‘The Queen Who Crowns’ mengangkat genre sejarah, politik, misteri, dan romantik.
Cha Joo Young akhirnya akan membuat penampilan sulungnya sebagai pelakon utama dalam drama sageuk (sejarah) sepanjang kerjayanya sebagai pelakon.
Cha Joo Young akan bergandingan dengan Lee Hyun Wook, Lee Shi Ah, dan Lee Yi Dam sebagai barisan pelakon utama.
Pihak produksi tvN telah menetapkan sebanyak 12 episod untuk drama sageuk ‘The Queen Who Crowns’.
Kim Sang Ho akan bertindak sebagai pengarah bagi drama ini, dengan kerjasama penulis skrip Lee Young Mi. Sebelum ini, mereka pernah bekerja bersama dalam drama ‘Money Game’.
Menerusi laman Instagram rasmi @tvn_drama pada 6 Disember 2024 yang lalu, berikut ini adalah empat still cut perdana Cha Joo Young dalam drama ‘The Queen Who Crowns’:
1. Watak Cha Joo Young
Cha Joo-young akan membawa watak sebagai Min Won Kyung, yang dikenali sebagai Permaisuri Won Kyung, seorang keturunan dinasti Ming pada era Kerajaan Goryeo.
Permaisuri Won Kyung berasal daripada keluarga bangsawan yang memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan selama beberapa generasi.
2. Chemistry Cha Joo Young dan Lee Hyun Wook
Cha Joo Young dan Lee Hyun Wook akan bergandingan sebagai pasangan utama, memegang watak Raja dan Permaisuri Dinasti Joseon.
Permaisuri Won Kyung dan Raja Taejong Lee Bang Won bersetuju untuk membentuk rejim baru semasa pemerintahan mereka.
Di sini, Permaisuri Won Kyung memainkan peranan sebagai ‘Kingmaker’ untuk merealisasikan rejim baru tersebut.
3. Cabaran Watak Cha Joo Young
Raja Taejong Lee Bang Won memiliki ramai gundik selepas baginda menaiki takhta Joseon.
Perkara ini membuatkan Permaisuri Won Kyung berasa marah, menyebabkan hubungan mereka berdua semakin renggang.
4. Debut Cha Joo Young dalam Genre Sageuk
Cha Joo-young sebelum ini hanya pernah membintangi dua drama sebagai pelakon utama, iaitu ‘The Real Has Come’ dan ‘Chimera’.
Dalam drama ini, Cha Joo-young akan memulakan debutnya sebagai pelakon utama untuk genre sageuk, sesuatu yang belum pernah beliau cuba sebelum ini.