Salah seorang anggota kumpulan K-pop menarik perhatian ramai kerana stail rambutnya yang menutup bahagian atas wajahnya termasuk mata.
Kim Jun Hyung atau nama glamornya Junji merupakan anggota kumpulan OnlyOneOf yang mula debut pada akhir bulan Mei 2019.
Dia mula buat gaya rambut macam ni sejak Januari 2020 dan penampilannya yang rare itu menarik minat orang ramai untuk meneka bagaimana rupanya.
Beberapa netizen membuat spekulasi bahawa Junji sengaja menyimpan rambut panjang kerana mahukan peminat menyukainya lebih daripada sekadar penampilan.
Ada juga yang berpendapat dia tidak begitu tampan berbanding enam anggota OnlyOneOf lain.
Namun sangkaan itu meleset apabila Junji menyebak rambut yang menutup matanya selama setahun lebih itu.
Ketika dijemput dalam program TV Korea Selatan popular Ask Us Anything Fortune Teller, Junji menjelaskan pada mulanya dia nak cuba untuk beberapa minggu sahaja. Tetapi bila peminat suka, dia membiarkan saja rambutnya begitu.
Katanya, memang hampir tak nampak jalan sampai kawan-kawan kena pimpin dia di atas pentas dan bila menari, dia hanya tengok lantai pentas di sebalik celah-celah rambutnya.
Begitulah usaha K-Pop Idol ini untuk menambat hati para peminat menerusi gayanya. Tak dinafikan penampilan dan rupa memang aset penting dalam industri hiburan, namun kita hendaklah menghargai juga hasil kerja dan bakat mereka, bukan menilai dari segi rupa semata-mata.
Sumber: Oddity Central, AllKpop