Peoplez ialah Firma Rekrutmen yang Dipimpin oleh seorang CEO Wanita yang sangat Inspiratif.
Love Scout, sebuah drama Korea bergenre office romance, mengambil latar di sebuah syarikat rekrutmen bernama Peoplez. Drama ini menampilkan Kang Ji Yun (diperankan oleh Han Ji Min) sebagai CEO yang karismatik dan Yu Eun Ho (Lee Joon Hyuk) sebagai setiausaha peribadinya.
Di awal episod, drama ini memperkenalkan banyak perkara menarik mengenai syarikat Peoplez. Berikut adalah tujuh perkara yang wajib anda ketahui tentang syarikat ini!
1. Syarikat Rintisan yang Inovatif
Peoplez merupakan syarikat startup yang fokus pada penyediaan perkhidmatan perekrutan bagi berbagai-bagai syarikat di pelbagai sektor industri. Dengan visi inovatif, Peoplez berhasil membangun reputasi yang baik meski usianya masih muda.
2. Penghubung Antara Pasaran dan Profesional
Sebagai syarikat rekrutmen, Peoplez memiliki peranan penting dalam memenuhi keperluan syarikat dengan para pencari kerja profesional. Mereka dikenali sebagai mediator yang handal dalam mencipta hubungan kerja yang saling menguntungkan.
3. Kejujuran adalah Prinsip Utama
Salah satu keunggulan syarikat ini adalah komitmennya terhadap kejujuran. Syarikat ini sangat menghargai kejujuran dan intergriti, baik dalam menyampaikan informasi syarikat klien mahupun memeriksa data dalam CV dan resume calon.
4. Ambil Berat pada Karier Jangka Panjang Calon
Tidak hanya fokus pada keperluan jangka pendek, syarikat ini juga memikirkan masa depan calon. Mereka memberikan saranan terbaik untuk memastikan setiap keputusan karier yang diambil sesuai dengan potensi dan tujuan jangka panjang setiap calon.
5. Dibangunkan oleh Tiga Pengasas Hebat
Syarikat ini didirikan oleh tiga orang yang berbakat:
• Kang Ji Yun (Han Ji Min), CEO yang penuh visi.
• Seo Mi Ae (Lee Sang Hee), CFO yang bertanggung jawab atas kewangan syarikat.
• Woo Jung Hoon (Kim Do Hoon), CTO yang mengelola aspek teknologi dan inovasi Peoplez.
6. Pasukan Kepemimpinan yang Solid
Di bawah kepemimpinan Kang Ji Yun, syarikat ini memiliki struktur pengurusan yang kuat. Kolaborasi antara pengasas membantu syarikt ini berkembang pesat walau baru berdiri selama lima tahun.
7. Bersaing dengan Syarikat Rekrutmen Besar
Meski baru dalam industri, Peoplez telah berjay bersaing dengan firma rekrutmen yang lebih berpengalaman. Perkara ini membuktikan kekuatan inovasi, dedikasi, dan pendekatan hebat mereka dalam dunia perekrutan.
Bagaimana kisah Peoplez dan setiap karakternya akan berkembang? Jangan terlepas episod-episod menarik Love Scout!
Baca lagi: Pesona Lelaki Ideal, Lee Joon Hyuk dalam Love Scout
Baca juga: Tayang di Netflix 3 Januari Ini, Love Scout Kisah Cinta CEO Wanita dan Setiausaha Lelakinya