Setelah dilancarkan pada 11 Ogos lalu, filem ‘Sinkhole’ meraih tempat teratas dalam carta box office pada minggu pertama tayangannya.
Dalam masa singkat, lebih setengah juta orang menontonnya sejak hari pertama tayangan.
Mengikut data yang dikeluarkan oleh Perbadanan Filem Korea via Naver, filem ini menarik seramai 647,267 penonton dan 922, 046 penonton kumulatif pada minggu pertama dengan anggaran kutipan kasar sekitar US$7.77 juta. Ini adalah skor minggu pertama terbaik untuk filem Korea keluaran tahun 2021.
‘Sinkhole’ mengisahkan bencana alam yang tenggelamkan rumah ke dalam lubang besar sedalam 500 meter di bawah tanah.
Menurut Naver lagi, filem yang mendapat sambutan hangat ini berjaya memikat dan menghiburkan penonton dengan lakonan mantap Cha Seung-won, Kim Seong-gyun, Lee Kwang-soo dan Kim Hye-jun.
Sumber: Naver