Pada 23 Mac, satu siaran bertajuk, “Seorang junior yang pernah membuli seniornya akan debut sebagai selebriti,” telah menjadi viral di Korea.
Orang yang mencipta siaran itu menulis, “Ini kawan saya. Dia bukan orang yang menulis siaran ini dan saya ingin mendapatkan nasihat sama ada saya patut mendedahkan pembuli ini atau tidak. Dia merupakan junior kami semasa di sekolah menengah” dan mula menulis tentang A.
Menurut posting itu, A secara kejam membuli mangsanya, B. Pencipta posting itu menjelaskan bahawa rakannya, mangsa B, terkenal di sekolah menengah mereka sebagai salah seorang pelajar tercantik.
A cemburu dengan kecantikan dan populariti B sehinggakan dia memilih untuk menyebarkan khabar angin yang mengerikan.
Apabila B tidak hadir ke sekolah kerana virus perut, A telah menyebarkan khabar angin bahawa B telah menggugurkan kandungan sebab itu dia tidak hadir ke sekolah.
Selain itu, A juga memburuk-burukkan B di dalam ‘group chat’ dengan mengatakan bahawa B akan tidur dengan lelaki yang lebih tua untuk mendapatkan wang dan bahawa B bekerja di pusat hiburan pada hujung minggu. Khabar angin ini tersebar di seluruh sekolah, menyukarkan mangsa B.
Netizen yang menulis siaran itu terus berkata, “Kami telah melaporkan perkara ini kepada jawatankuasa pembuli sekolah bersama salinan mesej yang dihantarnya.
Tetapi guru-guru menutup mata terhadap perkara ini kerana ia akan menjejaskan imej sekolah.
Lebih mengejutkan apabila cikgu-cikgu memberitahu kawan saya (mangsa B) ‘Apa yang awak boleh buat, sebab awak cantik kan?’ ‘Salah awak sebab cantik. Jadi kawan saya terpaksa menderita selama setahun kerana khabar angin palsu ini.”
Penulis siaran itu membuat kesimpulan, “Saya tidak tahu dengan tepat bila tarikh debut A tetapi telah disahkan bahawa dia akan debut. Jadi saya ingin tahu sama ada saya perlu mendedahkannya selepas dia debut atau saya harus menyimpannya?”
Netizen yang membaca siaran itu menjawab, “Jangan dedahkan dia sekarang tetapi lakukannya apabila dia menjadi agak popular,”
“Dia perlu tahu bahawa dia akan dihukum jika dia melakukan sesuatu yang salah,” dan “Saya benar-benar ingin tahu siapa dia.”
Pada masa ini, maklumat pada siaran ini belum disahkan oleh mana- mana pihak yang bertanggungjawab.
Sumber: [1]