Dalam Kdrama A Bloody Lucky Day (2023), seorang pemandu teksi bernama Oh Taek (Lee Sung Min) mengalami hari yang menakutkan kerana mengambil penumpang yang salah.
Geum Hyeok Soo (Yoo Yeon Seok) adalah seorang psikopat yang tidak pernah mengenal rasa sakit dan tidak teragak-agak untuk membunuh orang. Lelaki psikopat ini adalah penumpang yang menaiki teksi Oh Taek.
Hari itu, Geum Hyeok Soo dilihat sebagai penumpang biasa yang hendak pergi ke Mokpo. Namun itu semua bukan kebetulan, dia sebenarnya memang menyasarkan teksi Oh Taek kerana alasan tertentu. Jom kita lihat penjelasannya!
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.
1. Geum Hyeok Soo tertarik pada kebaikan anak Oh Taek, Oh Seung Mi
Geum Hyeok Soo hadir ke majlis pengkebumian salah seorang mangsanya, Nam Yoon Ho (Lee Kang Ji). Di sana, dia pertama kali bertemu dengan Oh Seung Mi (Jung Chan Bi). Oh Seung Mi yang menyangka Geum Hyeok Soo menangis memberikannya tisu dan berniat untuk menenangkannya.
Geum Hyeok Soo tertarik dengan kebaikan hati Oh Seung Mi. Bukan secara positif, dia lebih tertarik kerana merasa Oh Seung Mi terlalu naif. Geum Hyeok Soo seterusnya mendekati Oh Seung Mi untuk mengeluarkan sisi negatif dalam diri Oh Seung Mi.
2. Geum Hyeok Soo mendekati Oh Seung Mi dan menjadikannya teman wanita
Geum Hyeok Soo selalu ada berdekatan dengan Oh Seung Mi. Oh Seung Mi mula merasa bahawa pertemuan mereka adalah takdir dan setuju menjadi teman istimewa Geum Hyeok Soo. Dia tidak tahu bahawa sebenarnya Geum Hyeok Soo hanya menyasarkannya sebagai mangsa.
Selama mereka bercinta, hati Geum Hyeok Soo pernah terkesan dengan kebaikan hati Oh Seung Mi. Namun sisi psikopat Geum Hyeok Soo lama kelamaan mula muncul.
3. Oh Seung Mi secara tidak sengaja mengetahui identiti Geum Hyeok Soo
Oh Seung Mi secara tidak sengaja menemui buku yang mengandungi maklumat tentang mangsa-mangsa Geum Hyeok Soo. Dia meminta bantuan kawannya, Jung Yi Deun (Park Hwan Seok) untuk mengikuti Geum Hyeok Soo. Namun Jung Yi D Eum tertangkap oleh psikopat kejam tersebut dan akhirnya dibunuh.
Geum Hyeok Soo akhirnya sedar bahawa identitinya sudah diketahui oleh Oh Seung Mi. Dia merancang untuk membunuhnya. Oh Seung Mi dijemput ke Paju-si dan diperangkap di sana.
4. Oh Seung Mi memuji ayahnya ketika ditawan oleh Geum Hyeok Soo
Ketika ditawan, Oh Seung Mi berkata bahawa ayahnya akan menyelamatkannya. Kepercayaan Oh Seung Mi yang sangat meyakinkan itu menimbulkan rasa ingin tahu dalam hati Geum Hyeok Soo. Dia ingin menjadikan ayah Oh Seung Mi, iaitu Oh Taek sebagai sasaran permainannya.
5. Geum Hyeok Soo ingin melihat wajah bapa yang kehilangan anaknya
Geum Hyeok Soo sengaja mencari teksi Oh Taek dan menjadi penumpangnya. Dia melakukan banyak perangkap psikologi untuk menguji Oh Taek. Akhir kisah ini sangat menyentuh hati kerana Oh Seung Mi sebenarnya sudah mati dibunuh. Perkara ini membuatkan Oh Taek sangat beremosi.
Geum Hyeok Soo rupa-rupanya tidak pernah merasai kehadiran figura seorang bapa. Boleh dikatakan dia mempunyai dendam tersendiri pada kasih sayang seorang ayah dalam sesebuah keluarga. Ekspresi kehilangan dari seorang ayah inilah yang dicari-cari oleh Geum Hyeok Soo pada Oh Taek.
Watak Geum Hyeok Soo memang sadis dan menakutkan. Selepas mengetahui anaknya dibunuh, Oh Taek juga ditikam dan jatuh ke laut. Adakah dia terselamat? Sayangnya, penonton perlu sabar menunggu A Bloody Lucky Day Part 2 untuk mengetahui jawapannya!