Drama Korea A Killer Paradox akan ditayangkan mulai 9 Februari 2024. Drama bergenre aksi thriller ini adalah hasil adaptasi komik Naver Webtoon dengan nama yang sama oleh Kkomabi.
A Killer Paradox dibintangi Choi Woo Shik, yang sebelum ini membintangi filem Parasite (2019). Selain Choi Woo Shik, pelakon Son Seok Koo dan Lee Hee Jeon juga merupakan antara pelakon utama dalam drama A Killer Paradox.
Baru-baru ini Netflix juga telah menarik perhatian banyak pihak dengan melancarkan poster dan juga teaser perdana untuk siri drama terbaru mereka yang bertajuk A Killer Paradox.
Melalui teaser yang memperlihatkan lakonan hebat dan penampilan Choi Woo Shik dan Son Suk Ku sebagai pelakon utama, memang pasti siri baru Netflix ini telah berjaya membuatkan para peminat ingin tahu.
Drama A Killer Paradox mengisahkan tentang seorang pelajar biasa secara tidak sengaja membunuh seorang pembunuh bersiri. Akibatnya, dia menjadi sasaran detektif yang ingin menangkapnya.
Sambil menunggu tayangan siri Netflix ”A Killer Paradox” ini, jom sama-sama kita lihat fakta-fakta mengenai siri di bawah ini.
1. A Killer Paradox merupakan drama adaptasi webtoon yang bertajuk The Murderer’s Toy atau juga dikenali sebagai tajuk Murder DIEary karya Kkomabi
2. Siri ini digarap oleh pengarah terkenal yang telah mengarahkan drama popular Strangers from Hell (2019) iaitu Lee Chang Hee, dengan skrip yang ditulis oleh Kim Da Min
3. A Killer Paradox mengisahkan tentang seorang pelajar biasa yang bernama Lee Tang (Choi Woo Shik) yang bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka
4. Pada suatu malam, Lee Tang diserang oleh lelaki yang tidak dikenalinya yang membuatnya secara tidak sengaja menghayunkan tukul sekuat hati dan membunuh lelaki itu serta merta
5. Seketika, Lee Tang merasa bersalah dan ketakutan terhadap perkara yang baru saja dia lakukan. Lee Tang mengetahui bahawa orang yang terbunuh itu ternyata adalah seorang pembunuh bersiri yang sedang diburu oleh polis.
6. Selepas peristiwa tersebut, Lee Tang mula menyedari bahawa ada sesuatu yang istimewa dalam dirinya. Dia perlahan-lahan menyedari bahawa dirinya mempunyai kemampuan supernatural untuk mengenal pasti kejahatan
7. Sejak saat itu Lee Tang kemudian mendedikasikan hidupnya untuk menegakkan keadilan dan menghukum mereka yang berbuat jahat. Tanpa sadar, Lee Tang berubah menjadi seorang pembunuh bersiri
8. Selain itu, seorang detektif bernama Jan Nan Gam (Son Suk Ku) dalam diam mengintai Lee Tang untuk menggali maklumat dan ingin menangkap Lee Tang kerana kejadian ini
9. A Killer Paradox ini dikemaskan dalam 8 episod dan dijadualkan bakal ditayangkan secara perdana pada 9 Februari 2024
Profil Pelakon Drama Korea A Killer Paradox
Dalam drama thriller ini, Lee Tang (Choi Woo Shik) akan menunjukkan dua sisi berbeza. Sebagai seorang pelajar biasa dan pembunuh ganas.
Sementara itu, Son Suk Ku melakonkan watak Jang Nan Gam, seorang detektif yang mempunyai intuisi yang tajam yang tidak pernah berputus asa dalam mencapai matlamatnya. Dia mempersembahkan watak dengan pelbagai konflik dalam dirinya dalam usahanya memburu Lee Tang.
Menampilkan kisah yang penuh dengan suasana tegang yang dibaluti dengan suntikan komedi, lakonan memukau dari Choi Woo Shik dan Son Suk Ku pasti berjaya membuatkan siri Netflix ini meletup dan disukai ramai. Jangan lupa untuk menontonnya A Killer Paradox nanti!