Home Hollywood Anda Peminat A Quiet Place? Nantikan Prekuel Spin Off Filem Ini, Bakal...

Anda Peminat A Quiet Place? Nantikan Prekuel Spin Off Filem Ini, Bakal Tayang Jun 2024 Ini

0

Filem terbaru dari francais filem terkenal A Quiet Place yang berjudul A Quiet Place: Day One bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia tidak lama lagi. Filem ini tidak akan meneruskan kisah filem sebelum ini.

Jangan kecewa dulu! Filem A Quiet Place: Day One ini merupakan prekuel spin-off yang menonjolkan kisah awal permulaan dari semua perkara yang terjadi.

IMG 7622

Sebelum rasmi ditayangkan di pawagam nanti, filem ini sudah mempunyai dua trailer yang dikongsikan di YouTube. Dari trailer tersebut, para peminat setia filem ini boleh mengetahui gambaran umum tentang filem ini.

Berikut dibawah ini adalah sinopsis A Quiet Place: Day One beserta dengan sebagai para pelakonnya.

 

1. Sinopsis A quiet place

Dalam trailer, filem A Quiet Place: Day One pada awalnya menampilkan situasi di jalanan di sebuah kota yang sangat padat dan dipenuhi dengan aktiviti ramai orang. Namun, situasi itu berubah apabila makhluk asing datang ke bumi. Keadaan yang sebelum ini aman damai dan biasa-biasa sahaja tiba-tiba menjadi kacau bilau.

Kehidupan mereka menjadi sangat sukar kerana mereka perlu berusaha untuk menyelamatkan diri tanpa menimbulkan sebarang bunyi dan langsung tidak boleh bersuara. Jika mereka membuat bising atau mengeluarkan sebarang suara, makhluk asing tersebut akan datang dan menyerang mereka.

 

2. Senarai pelakon

IMG 7624Jika dilihat dari trailer yang sudah tersebar, cerita dalam filem A Quiet Place: Day One tampak menarik kerana ada ramai pelakon yang terlibat. Salah seorang di antara mereka yang kelihatan jelas adalah Lupita Nyong’o.

Berikut ini adalah senarai pelakon yang terlibat dalam filem A Quiet Place: Day One:

● Lupita Nyong’o
● Joseph Quinn
● Alex Wolff
● Djimon Hounsou
● Denis O’Hare

 

3. Tarikh tayang di pawagam pada akhir Jun 2024

IMG 7628

Tarikh tayangan untuk filem A Quiet Place: Day One sudah rasmi diumumkan. Khabarnya, filem ini akan ditayangkan di pawagam secara global pada 27 Jun 2024.

United International Pictures Malaysia sudah mengumumkan melalui media sosial Facebook bahawa filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 27 Jun 2024 akan datang.

Tak sabarnya!! Jangan lupa untuk menonton di pawagam terdekat anda nanti ya!

Baca lagi: Dreaming of a Freaking Fairy Tale, Kisah Cinta Dongeng Pyo Ye Jin Sebagai Cinderella Zaman Moden
Baca juga: 5 Filem Korea Paling Brutal, Dipenuhi Adegan Pembunuhan dan Penuh Darah