Home K - Pop “Ada Hantu Pakai Kasut Tumit Tinggi Di Agensi.” – Miyeon (G)I-DLE

“Ada Hantu Pakai Kasut Tumit Tinggi Di Agensi.” – Miyeon (G)I-DLE

0

Ahli kumpulan (G)I-DLE, Miyeon buka cerita yang dia nampak hantu di bangunan Cube Entertainment, agensi pengurusannya.

Ketika itu Miyeon dan rakan selebriti lain, Solar Mamamoo, YooA Oh My Girl dan penyanyi Kim Jae-hwan muncul dalam rancangan TV MBC, ‘Late Night Ghost Talk’.

“Setiap agensi mesti ada sekurang-kurangnya satu cerita hantu legenda, termasuk di syarikat kami.” kata Miyeon.

“Masa tu Joohyun tengah berlatih dalam waktu nak dekat subuh dan terdengar bunyi derapan kasut tumit tinggi dari suatu arah.”

“Saya pun dengar jadi saya pun ikut arah itu dan ia terhenti di dalam bilik air. Bila buka pintu, tiada siapa pun. Tapi saya dengar bunyi tu dan bila buka semua pintu-pintu tandas lain, tak ada orang pun dalam tu.”

“Bila cerita kat Joohyun, dia ketakutan dan terus cabut lari nak balik ke asrama. Masa tu baru kami perasan, biasanya para pelatih pakai kasut sukan, staff pula pakai selipar ofis je. Jadi siapa pula pakai kasut tumit tinggi malam-malam tu?”

Sumber: Naver