Pada 3 Februari lepas, Junho 2PM mengejutkan peminat dengan siaran langsung di Instagram (IG live)!
Pada hari tersebut, Junho mendedahkan bahawa dia baru sahaja pulang ke rumah, dan juga memberitahu peminatnya bahawa dia telah memotong rambutnya.
Bintang pujaan itu kemudian meluangkan masa dengan menjawab soalan daripada peminatnya.
Ramai peminat bertanya tentang projek lakonannya yang akan datang selepas kejayaan drama MBC ‘The Red Sleeve’.
Dia berkata, “Saya tidak pasti lagi. Saya sedang meneliti banyak skrip yang saya terima baru-baru ini. Saya mahu memilih projek baharu tidak lama lagi.”
Selain itu, ada juga yang bertanya kepada Junho mengenai perancangan aktiviti 2PM pada 2022.
“Kami perlu mencari masa yang sesuai. Ini disebabkan setiap ahli sibuk dengan aktiviti masing-masing, tetapi sudah tentu, kami akan sentiasa berbincang dan mencari masa yang sesuai ,” jawab Junho jujur.
Kemudian, terdapat seorang peminat muda bertanyakan soalan yang membuatkan Junho ketawa!
Peminat itu menulis, “Saya dilahirkan pada tahun 2004. Adakah terdapat kemungkinan untuk saya menjadi teman wanita awak?” (Junho 2PM dilahirkan pada tahun 1990 dan berumur 32 tahun.)
Selepas membaca soalan itu, Junho mengulas, “Jika anda dilahirkan pada tahun 2004, berapakah umur awak sekarang?”
Dia kemudian menambah, “Saya tidak tahu sama ada saya layak bercakap mengenai ini atau tidak… tetapi mengapa tidak. Tetapi, saya berasa sedikit malu sekarang. “
Sumber: allkpop