Home News “Ada Lagi Taktik Ni Rupanya” -Wanita Ini Kena ‘Scam’ Dgn Penjual Durian

“Ada Lagi Taktik Ni Rupanya” -Wanita Ini Kena ‘Scam’ Dgn Penjual Durian

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nurshafiqahnoor, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf, telah membuat satu klip durasi pendek bahawa beliau terkena ‘scam’ dengan penjual durian. Beliau mengatakan penjual itu memang akan datang rumah ke rumah untuk menawarkan durian kepada pemilik rumah. Apa yang dikongsikan oleh Shaf, beliau mengatakan pada mulanya penjual itu hanya mengatakan kepadanya bahawa durian tinggal hanya 7 atau 8 biji lagi, selepas beliau bersetuju apa yang dilihat olehnya masih banyak lagi durian tersebut namun beliau tidak endahkan.

Selain itu, beliau juga perasan bahawa penjual tersebut membuka buah durian itu dengan banyak sekali dan meminta penjual itu untuk berhenti membuka. Ketika penjual itu sedang menimbang durian tersebut, beliau terkejut melihat harga setelah timbang kesemua durian yang mencecah Rm400. Beliau turut terpaksa membayar harga tersebut kerana buah durian itu telah dibuka oleh penjual. Shaf juga menasihati agar pembeli tidak mudah terpedaya dengan penjual sebegini.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan jika berlaku perkara sebegini sememangnya perlu tegas dengan penjual dan perkara ini juga berlaku kerana pembeli hanya diam dan ikuti sahaja apa yang dikatakan oleh penjual. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka pun pernah menghadapi pengalaman yang sama. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 45.5K penonton, 2456 sukaan dan 222 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Yes i pun salah sebab tak fikir betul tapi for others please please be careful! Jangan bukak pintu kalau orang tanya nak durian tak”

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Bbmom: mmg kena tegas, selalu diorg ni hustler. tp paling senang tak payah jawab pintu je. sy even indah water ke tnb punya org dtg pun mmg tak buka pintu.

@gewammm: kena ckp x nak byk kali. dorg kalau nampak kita diam mmg pijak kepala terus.. lg lg yg xpnh beli durian. xleh nak agak brapa kilo

@Syahirahsharidan: Sy selalu sruh dia timbang dlu Lepastu tnya brpa ringgit ni jgn potong lgi Nk tgok duit ckup tk ni hahah. Sbb durian mahal hahha

@Amira | Freelance Creator: I doakan u dapat rezeki berlipat ganda lebihhh daripada RM400 ni!!

@Naim: dia tau org kita ni baik, mak aku selalu kena scam tar jalan

@user5204561814157: sya klu kt rmh slalu pkai tshirt lusuh, klu ada org jual2 brg sya menyamar jdi org gaji .. slalunya berhasil..

@purrr4471: bagus u share sbb i pun jenis lemah semangat orangnya dah buat baru pikir hahahah

@adelle: haah pnh juga ada yg dtg naik kete.. tp mmg kena tegas. sy biasanya ckp gni “eh sape suruh buka?u nk belanja ka?”

@Tashaper shaperr tah: Weh kalau i pun..kita ni dahla tak pernh beli sendiri,sayang nya smpai 400

@Sir Napie: Ada lagi taktik ni rupanya,ingtnya dah xde sbb last jd area taman i ni dalam 4 tahun lpas

@Nurul: thanks for sharing! sorry it happened to you 🙁 in the future, kalau beli anything yg kena timbang, make sure dia timbang dulu and be really firm,

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram