Pada 30 Disember lepas, sebuah siri Korea The Glory telah disiarkan sebanyak 8 episod di Netflix. Drama Korea The Glory diperankan oleh Song Hye-kyo, Lee Do-hyun, Lim Ji-yeon dan beberapa watak besar lain telah mencetuskan fenomena drama Korea yang mengfokuskan tentang kes pembulian dikalangan pelajar sekolah.
Song Hye-kyo membawa peranan sebagai Moon Dong-eun seorang pelajar sekolah menengah yang disiksa oleh rakan sekelasnya di sekolah menengah dan tiada tempat untuk mendapatkan bantuan. Kejadian itu menyebabkan Moon Dong-eun hampir berputus asa dalam hidupnya namun akhirnya dia bangkit memutuskan untuk melancarkan misi serang balik dengan membalas dendam terhadap para pembulinya.
Kim Eun Sook penulis kepada drama The Glory sebelum ini pernah membuat kenyataan ketika sidang akhbar bagi pelancaran serta promosi drama The Glory, bahawa dia mendapat inspirasi untuk drama ini dari anak perempuannya.
Ketika itu, anak perempuannya bertanya kepadanya jika dia memukul seseorang sehingga mati adalah lebih menyakitkan atau jika seseorang memukulnya hingga mati itu lebih menyakitkan.
Kim Eun Sook tersentak dan terkejut dengan pertanyaan anak perempuannya itu dan tanpa berlengah masa dia segera beredar ke studionya untuk mula menulis.
Sebelum memulakan penulisannya, Kim Eun Sook mencari sumber-sumber kes buli sebenar yang pernah terjadi di sekolah dan berjaya menemu bual beberapa mangsa yang terlibat dengan kes buli di sekolah mereka.
Terdapat beberapa adegan buli yang digambarkan dalam drama The Glory telah membangkitkan memori para penonton dari Korea dan mereka mengaitkan adegan-adegan kejam tersebut mempunyai persamaan dengan kes keganasan sekolah yang berlaku 17 tahun lalu di sekolah menengah perempuan Cheongju, Wilayah Chungcheong Utara, pada Mei 2006.
Kenyataan jenayah keganasan itu diperkuatkan lagi apabila pada 11 Januari, dalam satu temu bual dengan ‘News High Kick’ MBC. Choi Woo Seong, seorang pesuruhjaya sekolah yang bertanggungjawab ke atas keganasan sekolah di Pejabat Pendidikan Gyeonggi Suwon, mengesahkan bahawa adegan ‘seterika rambut’ dalam drama The Glory adalah berdasarkan insiden sebenar jenayah kekerasan dan buli yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Cheongju pada 2006.
Dalam serangan ganas itu, seorang pelajar perempuan dilaporkan diserang dan didera dengan begitu kejam selama 20 hari oleh 3 orang pelajar lebih kurang sebayanya.
Berikut merupakan bentuk-bentuk penderaan secara fizikal terhadap mangsa:
Lengannya diterkap dengan seterika rambut sehingga melecur
Dadanya dicarik dengan penyepit rambut yang tajam
Wangnya diperas ugut
Dipukul menggunakan kayu besbol
Ditumbuk sehingga mencederakan sebahagian anggota badannya
Dalam laporan oleh Korea JoongAng Daily, pihak berkuasa tempatan ketika itu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek. Tetapi tidak lama setelah itu, suspek dikatakan tidak menerima sebarang hukuman.
Realitinya, jenayah kekerasan buli ini bukan sahaja berlaku dikalangan remaja sekolah disana, para selebriti juga tidak lari dari terpalit dengan skandal membuli rakan-rakan zaman sekolah mereka dan salah satu contoh paling dekat adalah pelakon yang pernah popular dengan drama River Where The Moon Rises, Ji Soo. Setelah tersebarnya beberapa kenyataan melalui media sosial yang mereka adalah mangsa buli Ji Soo ketika zaman sekolah antara tahun 2006-2008.
Rentetan kejadian itu, Ji Soo tidak menafikan dan membuat permohonan maaf melalui satu posting dimuatnaik di akaun Instagramnya. Walaubagaimanapun, kerjaya Ji Soo tetap tidak dapat diselamatkan apabila dia telah dikeluarkan dari drama tersebut yang masih berlangsung sebanyak 6 episod ketika itu.
THE GLORY MUSIM 2 SEBANYAK 8 EPISOD AKAN KEMBALI PADA 10 MAC 2023
Baca Lagi: Filem Thriler Fall (2022) Yang Menguji Rasa Gayat Anda
Baca Juga: 3 Pelakon Drama Korea Dengan Bayaran Termahal