Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Adegan Lucah Ji Chang Wook & Jung Yoo Mi Dalam ‘Queen Woo’...

Adegan Lucah Ji Chang Wook & Jung Yoo Mi Dalam ‘Queen Woo’ Mencetuskan Kekeliruan di Kalangan Netizen

0

Drama baharu TVING ‘Queen Woo’ mengisahkan tentang Ratu Woo yang menghadapi pertarungan sengit untuk mendapatkan kuasa selepas kematian raja secara mengejut.

“Queen Woo” telah disiarkan sejak 28 Ogos. Drama sageuk sejarah aksi ini sangat dinanti-nantikan kerana dibintangi oleh pelakon kelas atasan seperti Ji Chang Wook, Jeon Jong Seo, Lee Soo Hyuk, Kim Moo Yul, Jung Yoo Mi dan ramai lagi.

Sebaik sahaja dikeluarkan, jalan cerita yang dibawakan oleh “Queen Woo” terus menjadi perbincangan hangat netizen. Satu perkara yang telah diperkatakan secara meluas ialah kemunculan adegan ranjang antara Raja Go Nam Moo (Chang Wook) dan Woo Soon (Yoo Mi).

Queen woo

Adegan ini boleh dikatakan lucah kerana bahagian atas badan Woo Soon jelas kelihatan ketika bersetubuh dengan Nam Moo. Namun, ramai penonton yang menyaksikan adegan intim antara dua watak dalam “Queen Woo” itu, keliru.

Sebabnya, ada pihak yang beranggapan adegan lucah ini seolah-olah hanya imaginasi Woo Soon. Walau bagaimanapun, gambar yang jelas menyukarkan untuk membayangkan bahawa ini hanyalah imaginasi Woo Soon.

Baca juga: Tertarik dengan “Queen Woo”? 4 Perkara Ini Perlu Dipertimbangkan Sebelum Menonton Queen Woo

“Adegan ini sangat membingungkan, apakah dia membayangkan dirinya sendiri atau dia benar-benar melakukan itu dengan King. LAGIPULA, INI JI CHANG WOOK & JUNG YOO MI!”, tulis seorang warganet. “Itu hanya imajinasinya [sic!],” tambah yang lain.

“Dia membayangkan. Bomoh tu cakap lama-lama ubat cinta tu akan memberi kesan, jadi dia pergi buat “perbuatan”dulu dengan bomoh, sebab dia cuba ramuan itu pada diri sendiri dulu kerana nak merasa keberkesanannya) lepas tu, dia hendak melakukannya dengan raja tetapi raja mati [sic!],” kata seorang lagi netizen.

Queen woo

“Queen Woo” mengisahkan tentang Ratu Woo yang menghadapi pertempuran sengit untuk mendapatkan kuasa selepas kematian raja secara mengejut. Dia menjadi sasaran lima puak dan pelbagai putera raja yang bersaing untuk merebut takhta.

Queen Woo hanya mempunyai 24 jam untuk mengahwini raja baharu dan agar dapat mengekalkan statusnya sebagai permaisuri. Drama ini berpusat pada amalan Korea kuno di mana abang raja mengahwini permaisuri selepas kematian raja, untuk mengekalkan keturunan diraja.

Jong Seo memainkan watak Woo Hee, ratu Goguryeo, yang dikenali sebagai wanita paling cantik di kerajaan. Sementara itu, Chang Wook memegang watak sebagai suami Woo Hee dan Raja Gogukcheon Goguryeo, Nam Moo. Bagaimanapun, Woo Hee terpaksa menjalani hidupnya seperti bidak di papan catur kerana jantinanya dan jangkaan keluarganya.

Jadi, adakah anda masih tertarik untuk menonton drama Queen Woo ini?

Drama Korea ‘Queen Woo’ akan dikeluarkan dalam 2 bahagian. Bahagian 1 adalah pada 29 Ogos, 4 episod sekaligus. Dan baki lagi 4 episod untuk bahagian 2 akan dikeluarkan pada 12 September 2024, nantikan ya dan anda boleh strim drama ini di Viu juga!

Baca lagi: 5 Sebab Mengapa Drama Korea ‘Queen Woo’ Sangat Dinantikan, Pertarungan Epik Merebut Takhta
Baca juga: 4 Perkara Menarik Tentang Cinderella at 2AM, Seumpama Kisah Dongeng

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here