Home Video Adik Rahman Buat Permintaan Nak Tengok Gambar Ibu, Reaksinya Undang Sebak Netizen

Adik Rahman Buat Permintaan Nak Tengok Gambar Ibu, Reaksinya Undang Sebak Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok rahilanoor85, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana reaksi seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Abdullah yang berusia 15 tahun melihat gambar wajah ibunya di telifon bimbit milik abangnya iaitu Rahman. Seperti yang kita tahu mengenai 6 sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu kereta Honda HRV, Perodua Alza, Proton Wira, Perodua Bezza dan sebuah lori Mercesed membawa muatan pasir.

Dikatakan beliau meminta kepada abangnya untuk melihat wajah ibunya, dan reaksinya juga membuatkan orang ramai bertambah sebak melihat riak wajahnya daripada tersenyum bertukar ke air mata.

Screenshot 2023 10 27 101922
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi Abdullah sememangnya membuatkan orang ramai sebak dan beliau seorang yang kuat. Ada juga yang mengatakan reaksinya sedang menahan sebak dan hanya tersenyum sebelum beliau mengalirkan air mata. Netizen turut sebak apabila melihat gelagatnya serta mendoakan semoga mereka sekeluarga tabah dan dipermudahkan segala urusan.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.6M penonton, 138.2K sukaan dan 6094 komen.

Baca lagi: Terima Kasih Seluruh Rakyat Malaysia Kerana Doakan Saya, Sayang Korang – Abdul Rahman

Baca lagi: Seperti Adik-Beradik Rupanya Mak Dan Anak, Ibu Muda Ini Buat Ramai Tak Percaya

Lihat klip durasi pendek reaksi Abdullah selepas lihat wajah ibunya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@hns27: ya Allah, kuatnya Rahman simpan gambar jenazah ibu.. kalau saya tak kuat

@Ijan: Allahuuu anakkkkkk..tk terucap tgk kamu berdua..abg rahman yg sgt kuat dan tabah, Dollah pon sama..ketawa tapiiii air mata diaaa

@Naimah: wehhh sedihhhhhnyaaaa, sampai sekarang aku rasa syukur sgt dollah dlm jagaan allah teman rahman

@jea: allahu akbar….tgk adik rahman nngis n bby doll nngis…allahu..allahu

@Aliza: semoga adik rahman dgn adik Dollah terus tabah teruskan hidup brjya di dunia dan di akhirat Amin..

@Raafanaa: akk pon join nangis dekk , kuat yee adek2 ,beruntungny dpt makcik2 pakcik yg naik … semoga cpt sembuh ye dollah

@slipa_jepun: dia gelak sebb xtau mcm mna nk react..takpa dollah, ibu ayh dgn adk bradk lain ada kt taman syurga Allah..dollah & rhman kuat ye

@Leen.leenda: dia Cuba tahan menangis dlm ketawa.. bila mlm sorg2 confirm berjurai.. sama la kak adik, bila org Tanya akak snyum,bila sorg akak nangis spuasnya#rndu

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram