Netizen telah mencetuskan perdebatan mengenai ahli IVE Leeseo selepas dia mengatakan bahawa dia tidak mengenali watak Pikachu.
Semasa satu siaran Naver NOW, ahli IVE Wonyoung berkata, “Leeseo kelihatan seperti Pikachu hari ini”. Leeseo kemudian berkata, “Sekarang saya dah tahu siapa Pikachu. Saya tahu Pikachu sebab roti yang popular itu.”
Ini amat mengejutkan pengacara program itu, termasuklah peminat IVE.
Namun, ada sesetengah netizen merasakan bahawa watak Pikachu mungkin tidak begitu dikenali oleh seseorang semuda Leeseo, yang dilahirkan pada tahun 2007. Ada yang mengulas,
“Jika dia menjadi pelatih di usia yang muda, dia mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk mengenali budaya pop. Leeseo adalah model kanak-kanak, jadi dia mungkin terlalu sibuk untuk meminati kartun.”
“Ia boleh berlaku, kalau awak tidak suka menonton TV ketika awak seorang kanak-kanak.”
“Adakah orang serius menuduh dia berkaluan seperti itu kerana ‘konsep’ dia?? Perlu ke? Itu hanya watak kartun.”
“Dia hanya berusia 15 tahun. Dia mungkin tidak tahu, apa masalahnya?”
충-격••
이서는 피카츄를 빵으로 알게 되었다고 ..🥹
pic.twitter.com/xF6ZF274nV— ☁️ (@cloudS2l) September 1, 2022
Bagaimanapun, ada yang meragui Leeseo. Mereka berkata,
“Adik saya berumur 13 tahun dan dia mengenali Pikachu.”
“Wah, dia sangat suka memainkan watak ‘clueless’. Pikachu? Biar betul tak tahu.”
“Saya mempunyai sepupu muda yang suka Pikachu.”
“Saya tidak tahu sama ada dia benar-benar tidak tahu tentang Pikachu sebelum roti atau tidak, tetapi secara jujur mereka buat macam dia seorang budak tadika sedangkan pada hakikatnya, dia akan menamatkan sekolah menengah rendah dan akan masuk ke sekolah menengah tinggi tidak lama lagi, tetapi konsep yang mereka berikan kepadanya terlalu keterlaluan.”
Baca lagi: “Buah Peach Kegemaran Jin Ri”- Bekas Ahli Kumpulan KARA, Jiyoung, Melawat Pusara Mendiang Sulli
Baca lagi: 2 Anak Kucing Hampir ‘Dibunuh’, Tindakan Chorong Apink Dipuji Netizen
Sumber:[1]