aespa baru-baru ini mempunyai masa cuti mereka selepas pergi ke Paris, Perancis untuk menghadiri minggu fesyen sebagai duta Givenchy, dan Karina menghabiskan masanya dengan menyewa seluruh panggung wayang untuk menonton filem ini.
Sempena cutinya, ketua aespa, Karina telah menggunakan aplikasi bubble untuk mengupdate MY (fandom Aespa). Dia mula-mula mengusik peminatnya dengan mengatakan dia telah melakukan sesuatu yang menakjubkan dan peminat harus menekanya.
Pada mulanya, peminat menyangka Karina melakukan sesuatu yang berkaitan dengan makanan kerana dia sentiasa berkongsi perkara seperti makan makanan baharu.
Apabila dia mendedahkan bahawa dia bersendirian di panggung wayang yang dia sewa sendiri, MY terkejut. Mereka serta-merta menyangka ahli aespa memang kaya kerana ianya sangat mahal untuk menyewa seluruh panggung wayang.
Karina juga berkata bahawa dia merasakan seperti dia sedang menonton filem itu bersama peminatnya sambil berkongsi foto dan video di Bubble.
Kemudian, dia berkongsi bahawa dia sedang menonton filem Crayon Shin Chan dan MY seperti tidak percaya.
Baca lagi: “Ianya Takkan Kekal Sama Selamanya,” Red Velvet Luah Perasaan Di Anak Tirikan SM?
Baca lagi: “Hari Paling Teruk Dalam Hidup Saya!”- Henry Kongsi Gambar ‘Menggerunkan’ di Instagram
Apa yang buat MY berasa kelakar ialah kerana Karina memilih untuk meluangkan masanya hanya untuk menonton filem yang comel.