Pada 14 Jun, BTS mengeluarkan video bertajuk “Real BTS’s Dinner” di saluran Youtube rasmi mereka untuk meraikan ulang tahun debut ke-9 kumpulan itu.
“Real BTS’s Dinner” diperkenalkan sebagai sebahagian daripada “BTS FESTA”, kandungan untuk memperingati ulang tahun ke-9 debut BTS.
Setelah sekian lama, sibuk dengan pelbagai aktiviti kumpulan, mereka akhirnya meluangkan masa bersama berkongsi cerita sambil makan dan minum.
Mendedahkan kontrak asrama mereka yang telah tamat dan semua ahli sudah mula hidup sendiri, RM berkata, “Sesetengah orang mungkin berasa kecewa jadi kami ingin menjelaskan perkara ini. Saya harap semua orang akan faham bahawa tidak masuk akal untuk tujuh lelaki tinggal bersama”.
RM juga menambah, “Kami lebih seperti keluarga daripada kawan. Kita perlu menjauhkan diri secara fizikal dan menghormati privasi antara satu sama lain”.
Jimin menambah, “Kami bertujuh sangat berbeza. Kami mempunyai personaliti yang berbeza, citarasa yang berbeza, dan terdapat lebih banyak perkara yang kami tidak setuju berbanding yang kami kami bersetuju.”
BTS kemudiannya mengumumkan bahawa semua aktiviti kumpulan akan ditangguhkan buat sementara waktu dan mereka akan memberi tumpuan kepada aktiviti solo masing-masing.
Para ahli juga menitiskan air mata kerana mereka bimbang jika mereka tidak dapat memberitahu peminat tentang kesusahan yang mereka alami semasa menjalankan aktiviti berkumpulan.
Baca lagi: Seorang Pelakon Lelaki Ditahan Polis Kerana Cubaan Membunuh Isterinya Yang Juga Seorang Pelakon
Baca lagi: “Tak Sesuai Disiarkan”, Ini Sebab Mengapa 2 Lagu Baharu BTS Diharamkan Untuk Siaran
Terakhir, RM berkata, “Saya takut orang membenci saya jika saya kata saya mahu berehat. Rasanya seperti satu perkara yang berdosa… Saya pasti ahli semua merasakan perkara yang sama. Entah bagaimana, kami bermula dari sebuah rumah kecil di Nohyeon-dong dan pergi ke White House.”
RM menambah, “Saya cuma mahu BTS diteruskan untuk masa yang lama. Dan untuk BTS bertahan lama, saya rasa saya perlu kekalkan diri saya”.