Home Artis Korea Ahn Bo Hyun dan Jisoo BLACKPINK Disahkan Sedang Bercinta

Ahn Bo Hyun dan Jisoo BLACKPINK Disahkan Sedang Bercinta

0

Ahn Bo Hyun dan Jisoo BLACKPINK dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta!!

Berita ini didedahkan pertama kali oleh Dispatch yang menyebut bahawa mereka saling menyokong antara satu sama lain di tengah-tengah kesibukan masing-masing. Beberapa keping foto yang menunjukkan kedua-duanya saling bertemu di rumah Jisoo turut didedahkan.

Memberi respon terhadap laporan tersebut, agensi Jisoo, YG Entertainment, dan Ahn Bo-hyun, FNC Entertainment, telah mengesahkan khabar gembira tersebut.

2ef3cfeb 5fb0 4057 9746 f1fac57caac3“Mereka saling mengenali antara satu sama lain dengan perasaan yang cukup baik. Kami sangat berterima kasih jika anda semua menyokong mereka dengan tangan terbuka,” kata agensi dalam kenyataan mereka, dipetik Soompi pada 3 Ogos 2023. Media Korea Selatan, Dispatch, mengejutkan orang ramai dengan mengeluarkan laporan mengenai percintaan Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo Hyun.

Ada beberapa bukti yang menguatkan khabar bahagia Jisoo dan Ahn Bo Hyun tersebut. Bahkan, pihak agensi juga sudah mengesahkan hubungan cinta mereka berdua.

Jom sama-sama kita lihat bukti-bukti Jisoo dan Ahn Bo Hyun bercinta seperti berikut ini!

1. Ahn Bo Hyun datang ke rumah Jisoo setelah BLACKPINK pulang dari jelajah dunia

cc435585 8a50 4dba 9f7e f1524761339bDesas desus mengenai percintaan antara Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo Hyun bermula ketika Dispatch mendapati pelakon lelaki tersebut meluangkan masa untuk datang ke rumah Jisoo di Yongsan. Padahal pada waktu itu, kedua-duanya sama-sama sedang sibuk.
Ahn Bo Hyun datang ke rumah Jisoo tepat sehari selepas anggota kumpulan BLACKPINK tersebut kembali dari jelajah dunia (world tour) mereka pada bulan Julai lalu. Dia mengenakan pakaian santai lengkap dengan topi, topeng wajah, dan cermin mata hitam.

2. Jisoo mengatakan mereka baru memulakan hubungan dan Ahn Bo Hyun mengaku sudah jatuh hati

JisooKedua belah pihak telah mengesahkan hubungan cinta mereka. Kepada Dispatch, Jisoo mengatakan bahawa dia berhati-hati dalam mengambil tindakan, kerana mereka baru memulakan hubungan. Dia juga mengaku merasa bahagia dengan kehadiran Ahn Bo Hyun.

Perkara yang sama juga berlaku bagi Ahn Bo Hyun. Pelakon itu mengatakan bahawa mereka baru memulakan hubungan dan menghargai respons Jisoo. Pihaknya juga mengatakan dia telah jatuh cinta kepada pelantun “Flower” tersebut.

Khabar bahagia ini berjaya membuatkan para peminat terkejut. Lebih-lebih lagi, kedua-dua belah pihak dengan pantas tanpa berselindung telah mengesahkan kebenaran berita bahagia ini.

Selamat berbahagia untuk pasangan baru kita
Jisoo dan Ahn Bo Hyun!

Baca lagi: 10 Filem Seram Terbaik Warner Bros. Pictures
Baca juga: 10 Filem Komedi Terbaik Warner Bros. Pictures