Sebelum ini sudah ada desas desus bahawa Ahyeon tidak akan dapat bergabung dengan BABYMONSTER untuk debut pada bulan November ini.
Khabar mengejutkan ini dikeluarkan buat pertama kali oleh media Korea dan terus menerus menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen.
YG Entertainment sebagai agensi yang bertanggungjawab juga telah memberikan respon dan kenyataan mereka. Jom kita lihat selengkapnya perkara yang terjadi seperti di bawah ini!
1. Ahyeon dikhabarkan batal debut dengan BABYMONSTER
Pada bulan Mei lalu, YG Entertainment mengumumkan lineup debut untuk BABYMONSTER dengan jumlah kesemuanya tujuh orang ahli kumpulan. Mereka adalah Ahyeon, Haram, Rora, Pharita, Ruka, Chiquita, dan Asa. Namun, media Korea Selatan News1 secara tiba-tiba melaporkan bahawa kumpulan BABYMONSTER akan debut dengan hanya enam orang anggota kumpulan sahaja.
Selain itu, media tersebut juga mengatakan bahawa Ahyeon akan bergabung selepas ini. Sebab musabab sebenar mengapa Ahyeon tidak dapat debut pada waktu ini adalah kerana masalah peribadi yang dihadapinya.
2. Reaksi YG Entertainment
Selepas memberikan tanda tanya dan jawapan yang tergantung, YG Entertainment akhirnya mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa memang benar BABYMONSTER akan debut dengan hanya enam orang anggota kumpulan sahaja.
“BABYMONSTER akan debut dengan enam orang ahli kumpulan sahaja iaitu Ruka, Pharita, Asa, Haram, Rora, dan Chiquita. Selepas perbincangan dilakukan bersama-sama, kami bersetuju bahawa Ahyeon, yang sudah mempersiapkan diri (dengan BABYMONSTER), akan fokus berehat dahulu untuk waktu ini kerana masalah kesihatan,” kata YG dipetik dari Soompi pada Rabu 15 November 2023.
Mereka juga mengaku keputusan ini adalah sangat berat untuk diambil, tetapi kesihatan Ahyeon adalah yang paling utama buat masa ini. “Kami akan memberikan sokongan penuh supaya Ahyeon boleh cepat-cepat sembuh sepenuhnya dan kembali dengan sihat dan ceria,” tambahnya.
3. Jadual debut BABYMONSTER tidak lama lagi
Kumpulan BABYMONSTER dijadualkan akan melakukan debut pada 27 November 2023. Walaupun belum rasmi debut, Ahyeon memang selalu digelar sebagai ‘Jennie’ dari kumpulan baru YG Entertainment dan penampilannya memang telah dinantikan oleh ramai peminat. Moga cepat sembuh ya!