Home News Air Masuk Tapi Mesin Basuh Tak Mahu Berputar, Sekali Individu Ini Dedah...

Air Masuk Tapi Mesin Basuh Tak Mahu Berputar, Sekali Individu Ini Dedah Kena Tukar Benda Ni Je

0

Mesin basuh tak berputar tapi air masuk, rupanya kena tukar benda ini je… Dalam kehidupan serba canggih ini, pelbagai teknologi dan barangan elektrik telah dicipta bagi memudahkan urusan kerja harian kita. Jika berbalik pada zaman dahulu, rata-rata orang membersihkan pakaian menggunakan kudrat tangan mereka.

blogger image 1916002232

Namun, dengan inovasi manusia seiring kemajuan teknologi, muncul penciptaan mesin basuh elektrik. Penciptaan barangan elektrik ini sememangnya memberikan manfaat kepada masyarakat.

Baca lagi: RM50 bertukar jadi RM50,000 sekelip mata, sekali Orang Gila Tampin Buat Lelaki Ni Jadi Kaya

Baca lagi: “Abam Trafik Selalu Tiba Pada Masa Tak Diduga “-Kereta Melawan Arus Raih Perhatian

Sehingga kini, mesin basuh boleh ditemui di setiap rumah dan menjadi satu keperluan dalam aktiviti seharian kita. Tidak hairan mengapa ia menjadi satu kepentingan setiap isi rumah kerana menjimatkan tenaga, waktu dan kos.

Pengguna hanya perlu meletakkan pakaian yang kotor ke dalam mesin basuh dan setkan mengikut keperluan mencuci. Kemudian tunggu sehingga selesai sebelum dijemur di bawah matahari.

Bukan sahaja itu, ia juga dapat mencuci pakaian dalam jumlah yang lebih banyak berbanding cara tradisional, menggunakan tangan.

Pun begitu, penggunaan yang lasak atau tidak betul juga menyebabkan mesin basuh ini terdedah kepada kerosakan.

Bagi mesin basuh automatik, masalah yang sering terjadi adalah teknologi ini tidak mampu berputar meskipun semua perkara lain berfungsi seperti biasa.

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah punca berlakunya masalah ini? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Hairulvcool di TikTok.

Mesin Basuh Tak Berputar, Tukar Satu Benda Ni Je

Dalam perkongsian video berdurasi 1 minit 39 saat, dia menjelaskan masalah mesin basuh automatik yang berfungsi seperti biasa namun tidak berputar.

Jelas Hairul dalam klip tersebut, masalah ini berkemungkinan berpunca daripada pulsator mesin basuh itu sendiri.

“Ok, hai. Assalamualaikum, semua. Ha tengok apa masalah mesin basuh ni.

“Baju ada, air ada tapi tak nak jalan. Kita keluarkan dulu dia punya baju. Kita nak tengok dia punya pulsator dia ni,” ujarnya.

Cara Tukar Pulsator Mesin Basuh

Langkah pertama: buka terlebih dahulu penutup (cover) mesin basuh tersebut.

1

Langkah kedua: tanggalkan satu skru yang terdapat di dalamnya.

Langkah ketiga: tarik keluar pulsator dan periksa pada bahagian bawah. Lihat ‘gigi’ di bawah tersebut. Jika tiada lagi kesan lekuk ‘gigi’, tukarkan dengan pulsator yang baharu.

3.1

Jelas Hairul, jika permukaannya telah licin bermakna ia telah rosak dan tidak mampu berputar seperti biasa.

Langkah keempat: cari pulsator yang sama jenis (jenama). Pasang semula dengan cara yang sama anda keluarkan pulsator.

Langkah kelima: uji mesin basuh anda dan siap.

last

Semoga dapat membantu ramai di luar sana.

Lihat klip video di bawah:

@hairulvcool Mesin basuh auto ada bunyi tapi pulsator tak pusing masa wash #fyp #membaikpulihmesinbasuhdanpetisejuk #mesinbasuh #petisejuk #washingmachine #refridgerator #DIYJE #hairulvcool #washtakpusing ♬ Positive background music such as play and games(1251730) – earbrojp

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.