Home News Akhirnya Kim Soo-hyun Berjaya Tamatkan Khidmat Ketenteraan. Ini Respon Beliau Sebaik ‘Dibebaskan’

Akhirnya Kim Soo-hyun Berjaya Tamatkan Khidmat Ketenteraan. Ini Respon Beliau Sebaik ‘Dibebaskan’

0

Pelakon ternama Korea Selatan, Kim Soo-hyun, akhirnya ‘dibebaskan’ dari latihan ketenteraan pada Isnin, berita yang dinanti-nantikan oleh peminat beliau yang rindukan aksi lakonannya.

Ditemui para media dan peminatnya di Paju, utara Seoul, beliau mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang menyambut kepulangannya. Difahamkan sejumlah peminat dari Jepun, China dan Korea Selatan, datang untuk meraikan ‘pembebasannya’ pada awal pagi.

bw197

” Saya berasa bimbang bagaimana mahu mengharungi hari-hari saya ketika menjalani latihan ketenteraan memandangkan saya menyertainya pada usia yang agak lewat berbanding rakan yang lain, namun saya rasa saya berjaya menempuhinya dengan baik.

” Walau apapun saya berasa amat lega sekarang”, katanya lagi.

Terdahulu, bintang terkenal berusia 31 tahun itu telah berkhidmat dalam batalion risikan sejak Oktober 2017.

Kim Soo-hyun berkata beliau akan kembali membintangi beberapa filem atau drama baru bermula tahun depan.

” Pada mulanya saya berasa sangat bimbang dan asyik berfikir tentang banyak perkara, tapi sekarang, saya benar-benar mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan” katanya ketika ditanya tentang rancangan masa depannya.

” Buat masa ini masih belum ada apa-apa keputusan dibuat bagi tempoh enam bulan akan datang, tetapi saya fikir saya boleh hadiahkan anda dengan projek baru tahun depan.”

Memulakan kerjayanya pada tahun 2007, Kim mula menempah nama di Korea Selatan dan negara-negara Asia lain kerana peranannya dalam siri TV termasuk “Moon Embracing the Sun” (2012) dan “My Love from the Star” (2013), juga dalam filem-filem seperti “The Thieves” (2012).

bw192

Selain itu apa yang turut mencuri tumpuan adalah, pihak media telah menemubual bapa Kim, iaitu Kim Choong Hoon untuk bertanyakan tentang pembebasan anaknya itu.

Kim Choong Hoon yang juga seorang penyanyi, baru-baru ini telah membuat ‘comeback’ dengan sebuah album dan muncul di radio ‘Choi Ilgu’s Hurricane’. Beliau dikatakan telah berbicara tentang rancangan untuk ‘bersatu’ semula dengan anaknya, Kim Soo Hyun.

Kim Choong Hoon sebelum ini berkata bahawa “saya mahu pergi melawatnya tetapi dia memberitahu terlalu ramai orang dan menyuruh saya supaya tidak datang”.

” Saya mempunyai rancangan namun saya masih tidak dapat berjumpa beliau tetapi saya sudah merancang untuk berjumpa dan makan bersama dengannya.”

Hubungan antara Kim Soo Hyun dan ayahnya (Kim Choong Hoon) dilaporkan tidak rapat.

Susulan perceraiannya dengan isteri, Kim Choong Hoon jarang sekali hadir dalam kehidupan Kim Soo Hyun.

Sementara itu netizen lantas membuat spekulasi dan mengusik kisah antara Kim Soo Hyun dengan bapanya itu dengan mengatakan:

” Wow, dia sungguh tidak malu.”

” Bukankah dia yang meninggalkan keluarganya selepas perceraian itu dan membiarkan isterinya untuk membesarkan anak seorang sendiri?

” Bila kau meninggalkan ibunya untuk wanita lain dan sekarang Kim Soo Hyun artis terkenal, kamu pula acah-acah lelaki paling bahagia? Sukar dipercayai”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: koreaherald