Home News Akibat Buat Pelaburan Kripto, Duit Pencen Sebanyak RM542,000 Lesap

Akibat Buat Pelaburan Kripto, Duit Pencen Sebanyak RM542,000 Lesap

0

Sepasang suami isteri berputih mata apabila wang simpanan termasuk dana persaraan melebihi setengah juta ringgit miliknya lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan membabitkan pelaburan kripto yang tidak wujud.

Insiden ini terdedah selepas mangsa yang juga pesara kerajaan berusia lingkungan 70-an membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada tempoh hari lalu berhubung penipuan sindiket sejak Januari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Basri, berkata siasatan awal mendapati mansa berhubung dengan pemilik laman Facebook Najwan Islamic beralamat di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pembelian saham mata wang kripto di Amerika Syarikat (AS) pada 8 Januari lalu.

Baca lagi: Umur 21 Dah Boleh Beli Rumah, Wanita Ini Kongsi 10 Tips Beli Rumah

Baca lagi: Selamba Baring Di Tempat Orang, Hostel Lagenda Mantin Kini Menjadi Tempat Warga Asing

Screenshot 2023 08 22 105027
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

“Sehari selepas itu, mangsa memulakan pelaburan dengan membeli dua unit saham bernilai RM500 dengan memasukkan ke dalam akaun bank tempatan”
“Suspek menyatakan mangsa akan menerima pulangan pelaburan sebanyak RM4,950 dalam tempoh sehari iaitu pada hari yang sama”

Malah, suspek juga memaklumkan jika mangsa tidak mengeluarkan wang berkenaan keuntungan pelaburan akan semakin meningkat. Pada 10 Januari, mangsa menghubungi suspek semula untuk bertanyakan berkaitan wang pelaburan dan diberitahu nilai keuntungan sudah mencapai RM18,500.

Bagaimanapun, mangsa diminta membuat pelbagai bayaran untuk mendapatkan keseluruhan hasil pelaburannya.

Screenshot 2023 08 21 142711 1
(Gambar hiasan)

“Sepanjang tempoh Januari hingga Julai, mangsa melakukan 133 transaksi pindahan wang secara dalam talian ke-39 akaun bank tempatan membabitkan jumlah kerugian RM542,171.10”

Malangnya, dalam tempoh itu juga mangsa tidak menerima sebarang pembayaran daripada pesaraannya bersama isteri. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan.

Oleh itu, anda perlu menyelidik terlebih dahulu sebarang pelaburan yang ingin dibuat terutamanya membabitkan jumlah yang tinggi.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sarang Burung