Home News Akibat Kerja Lebih Masa Guru Meninggal Dunia, Keluarga Terima Pampasan Sebanyak RM2.6...

Akibat Kerja Lebih Masa Guru Meninggal Dunia, Keluarga Terima Pampasan Sebanyak RM2.6 Juta

0

Sebuah mahkamah daerah di Jepun kelmarin memerintahkan pentadbiran wilayah Toyama dan bandar Namerikawa membayar pampasan 83 juta yen (RM2.6 juta) kepada keluarga seorang guru sekolah yang meninggal dunia pada tahun 2016. Guru itu dilaporkan meninggal dunia selepas diserang strok akibat kerja lebih masa.

Isteri dan dua anak guru itu yang berusia dalam lingkungan 40-an memfailkan tuntutan mahkamah pada Oktober 2019 dan meminta pampasan kira-kira 100 juta yen (RM3.2 juta). Mereka mendakwa pentadbiran tempatan gagal menguruskan waktu kerja dengan betul.

Baca lagi: “Tahniah Dik..Berbakat Betul..”-Persembahan Roti Canai Di Hari Guru Buat Netizen Kagum

Baca lagi: Beli Tasbih Sampai Boleh Kongsi Satu Saf, Ramai Terhibur Lihat Tasbih Panjang Ini

Screenshot 2023 07 11 214221
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Menurut saman tersebut, lelaki itu mengajar sains di sebuah sekolah menengah rendah di Namerikawa. Selain itu, dia juga ialah guru kelas serta menyelia kelab tenis sekolah perempuan tersebut.

Pada Julai 2016, dia mengalami pendarahan otak ketika berada di rumah dan meninggal dunia 18 hari kemudian pada Ogos 2016.

Dia bekerja lebih masa 137 jam pada bulan berkenaan sebelum diserang strok. Guru sama juga bekerja lebih masa selama 155 jam sebulan sekali gus melanggar garis panduan kerana kerajaan menetapkan 80 jam kerja lebih masa dalam sebulan. Guru tersebut hanya mengambil cuti rehat satu hari sepanjang 53 hari dia bertugas.

Moga apa yang dikongsikan oleh kisah ini dapat dijadikan ikhtibar, serta jika anda penat ambillah cuti untuk rehat seketika. Jangan tunggu sakit baru nak cuti pula ya, sayangi lah diri anda dan guna lah masa rehat anda dengan sebaik mungkin agar tidak memudaratkan lagi kesihatan anda.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang