Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mas.ita, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita menceritakan pengalamannya dikejarkan ke hospital bersama anak dan suaminya, kerana memakan cendawan beracun yang dikutip di tepi rumah. Beliau mengatakan cendawan itu dikutip oleh suaminya, dan ketika wanita ini ingin memasak beliau berasa aneh dengan cendawan itu tetapi teruskan juga memasak.
Wanita ini turut mengatakan terasa ingin muntah, pengsan, dan lemah badan setelah memakan cendawan tersebut. Oleh itu, suaminya meminta beliau untuk buang cendawan itu serta merta. Suami wanita ini juga adalah orang yang paling teruk mengalami simptom itu.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan apa yang dilakukan oleh mereka sangat berbahaya dan boleh membawa maut jika tidak kenal pasti tentang makanan beracun itu. Ada juga yang memberi pesanan kepada orang ramai jangan mengutip sebarang tanaman yang anda tidak tahu di mana-mana kawasan. Netizen juga mendoakan semoga mereka sekeluarga dipermudahkan urusan dan dijauhkan segala penyakit yang ditimpa.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 843.5K penonton, 53.4K sukaan dan 4394 komen.
Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Semoga memberi pengajaran buat kita semua, agar kita dapat kenal pasti cendawan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan, sangat bahaya muntah sampai nak pengsan, lemah longlai, suami teruk sikit sebab makan banyak, anak disuap sedikit dan saya makan sikit”
Baca lagi: Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, 5 Beranak Dihimpit Kesusahan Apabila Terpaksa Tinggal Di Dalam Kereta
Baca lagi: “Lupa Tak Bawa Motosikal Ke”-Kereta Tersekat Di Jejantas Kulai Raih Perhatian Netizen
Lihat klip durasi pendek perkongsian wanita ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@ZanaRiah Suza: ade cina bgi petua.msk cndawn buh halia klu halia tu hitam mkna nye cndawan tu beracun
@h a r l e y: cendawan beracun kebnyakannya ada cincin kat batang cendawan..n x kan ada serangga pon kat cendawan tu,
@Currymark2: tak skrg ni kenape berani sgt yg tumbuh tepi2 rumah pegi makan??
@wanie: Biasa kalau cendawan tu beracun takkan ada serangga hinggap. kalau ada ulat tu selamat dimakan sis
@ater: kmi org asli pn x prnh mkn cndawn ni..lain kli tnye org dlu sis……
@meismareena: aku msak cendawan beli kan pasaraya je…yg tumbuh2 keliling rmh ni..x berani ..
@Lily Yana: x pernah masak cendawan yg kutip tepi² rumah melainkan beli kat pasaraya.
@nabilasabli |Racun tiktok Anda: ptua mak sye kalau cendawan tu bercincin/brgelang elakkn ,tkut beracun
@Abreen & Midnight: Betul tu kesian pada ank dan suami dia Nasib tak sampai meragut nyawa yg mudah beli je di pasar raya
@Red Butterfly : syukur sy ni jenis yg mmg tak suka mkn semua jnis cendawan , hati² korg yg suka cndawan ye..
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram