Home Video Akibat ‘Micro Sleep’ Kenderaan Lain Pula Jadi Mangsa, Lihat Apa Yang Terjadi

Akibat ‘Micro Sleep’ Kenderaan Lain Pula Jadi Mangsa, Lihat Apa Yang Terjadi

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok saffi_kamarudin, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan rakaman dari salah seorang pengguna jalan raya, di mana sebuah kenderaan Toyota Vios bertembung dengan pemandu lain. Dikatakan pemandu Toyota Vios itu kemungkinan ‘terlelap’ ketika memandu, dan ia boleh menyebabkan kemalangan berlaku serta pemandu lain turut terbabit.

Video klip ini juga telah ditular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Screenshot 2023 09 05 121119
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku dan ianya sangat berbahaya kepada pemandu serta pengguna jalan raya yang lain. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara sebegini atau menjadi mangsa oleh pemandu ‘Micro Sleep’. Netizen juga menasihati kepada orang ramai untuk rehat secukupnya jika anda dalam perjalanan jauh dan berhenti di mana-mana perhentian untuk berehat sementara.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 182.8K penonton, 2515 sukaan dan 164 komen.

Baca lagi: Bagaimana Kematian Berlaku Akibat Tidur Dalam Kenderaan? Ini Sebab-Sebab Nya

Baca lagi: Kereta Disaman Tapi Salah Letak No Plat, Wanita Ini Jelaskan Apa Yang Berlaku

Lihat klip durasi pendek rakaman kemalangan tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@puann80: sian yg xbesalah jadi mangsa..elok Jo diorg bwak..sekali keto lain DTG meneru

@Dayang Thaqifah: Ingatan semua.. Bila di hiway npk kenderaan lain mcm je.. Wajib hon.. Pengalaman sendiri

@ZUL_SV: bukan microsleep saja ada juga yg ralit main handphone masa memandu

@yakyakyee: aku naik motor nampak Jee kereta lain mcm trus hon nie kereta tk reti nk hon tgok jee

@Laika Samad: saya pun pernah micro sleep drive dr shah alam ke Melaka..3 RNR berhenti tido.

@Laika Samad: saya pun pernah micro sleep drive dr shah alam ke Melaka..3 RNR berhenti tido.

@anakpahang47: saya pernah micro sleep mcm ni drive dari JB ke KL.nasib blh control.skrg ni saya tido kejap & minum kopi o suam dulu kat rnr

@anys estella : saya kalau nampak kereta da melayang ke saya mmg hon panjang !! lantak lah dia kan , selalu microsleep atau main phone

@shima: micro sleep bkn bahaya pd diri..juga pd pemandu lain..tlg lah beringat wahai pemandu semua…klau ngatuk stop dn rehat dulu….

@SweetSyah Nanie: disebabkan org lain…yg tak bersalah jadi magsa….

@ayu 96: betul tp ada tu tak faham .ingat kita sengaja kata gitu UTK pindah sk

@juitamajid: kereta kami hampir dilanggar mcm Ni smlm syukur X Jd apa2

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram