Sekarang ini dilihat banyak kenderaan yang suka parking merata atau meletakkan kereta di mana-mana sahaja yang mereka suka tanpa menghiraukan akibat yang akan berlaku.
Seperti rakaman yang tular di tiktok @fikaaeddy_giftbox, dapat dilihat situasi yang mana sebuah bas dilihat mempunyai masalah untuk membelok kerana terdapat kereta yang parking merata dan akibat daripada itu bas tersebut dilihat tetap melalui jalan tersebut sehingga menyebabkan kereta yang diparking di hujung tersebut disagat bas itu. Dan situasi tersebut dilihat telah mencetuskan keriuhan di kawasan parking perumahan itu. Difahamkan situasi tersebut kerap berlaku dan pemandu masih tidak serik lagi untuk parking di kawasan tersebut.
yg stay area sini mesti tahu ja kan dkt mna ni, so beringatlah‼️
“kona””kepak” tu mcm nk pusinglahhh.. gerammm sgt dh time voice over igatkan dh tak dngar bunyi bas hon, rupanya ada lgi yg tak sayang kereta parking dkt situ (sokaylah kaisah assume korang tak tahu tak boleh parking situ)
semoga lepasni dah tak adalah isu ni, bukan ja mnyusahkn pihak bas & kereta, kitorang yg area sini pun kena mnghadap dngar bunyi hon pgi ptg siang mlm #spreadawareness
Situasi tersebut telah meraih perhatian ramai dan masing-masing menyalahkan pemandu kenderaan yang tidak sering parking di merata tempat.
“dah 2 tahun aq tinggalkan taman bahtera.. ingatkan lagi elok.. makin terok… hurm… student lecturer sama je perangai parking ikot otak dia “
“aku gelar drebar2 keta yg parking x pikir orang lain ni orang kaya.dia x kisah kereta dia kena seret, boleh beli kereta baru anytime”
“org yg park tang kona tu fkir lori dan bas x wujud di laluan situ”
Baca juga : Tayar Kereta Wanita Ini Dicuri, Netizen Dinasihatkan Untuk Tidak Parking Di Tempat Gelap
Baca juga : Jiran Suka Parking Depan Rumah Orang Berkali-Kali, Wanita Ini Luah Ketidakpuasan Hati
Lihat klip rakaman pendek di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Addi Firdaus Mohmed : tak paham aku..setahu aku la rasa majlis ada cakap biasanya la lori,bas tak boleh lalu jalan sebegitu.jln luar saja boleh iaitu laluan keluar
@Farah Jasmine : sy mgmnt condo. dlu ad insentif bas percuma hntr trus dpn condo. bila ad kes kete calar, bas rosak. bt report trus xde dh bas tu lalu dpn condo
@peace : ptutnya satu rumah bg jela boleh bawak berapa pon kete.. emm parking dalam belambak kosong
@tik : apa pasai zaman aku duduk bahtera dulu x dak plak isu2 mcm ni.. dulu bus kiffah double decker lagi kona kot tu helok jer.. kaya sangat budak la ni..
@abeyohaff : 10 tahun dlu siap bas double decker lg pusing situ.xdak problem.mungkin student masa tu miskin.xdak kereta.xbyk mcm skrg
@ain najihah : ingat kat KL . rupanya taman bahtera . dah 3 tahun tinggalkan tempat ni .rindu kedai hijau
@iced shaken double espresso : driver bas ni kena belajar skill dengan driver bas go kl ppr sri pantai
@aisyayangyou : ni UPSI, aku jadi student, jenuh dengar benda sama hari-2
PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram