Home News Akibat Simpan Duit Dalam Tin Milo, Warga Emas Hilang RM300 Ribu Sekelip...

Akibat Simpan Duit Dalam Tin Milo, Warga Emas Hilang RM300 Ribu Sekelip Mata Dimakan Anai-Anai

0

Tular di media sosial beberapa video klip yang memaparkan ratusan duit kertas rosak teruk dipercayai telah dimakan anai-anai. Menurut sumber, wang tersebut merupakan milik seorang warga emas yang menyimpan duit tersebut di dalam tin Milo.

Selepas sekian lama beliau menyimpannya di dalam tin itu, warga emas itu mahu membukanya untuk mengira jumlah wang yang ada. Malangnya sebahagian besar wang kertas itu sudah reput.

“Ada berpuluh-puluh ikat wang kertas RM100 yang setiap satunya bernilai RM10,000 dalam tin tersebut”
“Dianggarkan jumlah keseluruhan wang tersebut hampir memecah sehingga RM300,000”-katanya

Baca lagi: Ini Cara Mudah Untuk Anda Simpan Duit, Mari Lihat Langkah-Langkah Nya

Baca lagi: Cleaner Jumpa Duit Hampir RM11 Juta Di Lapangan Terbang, Sekali Tindakannya Buat Ramai Yang Tak Sangka

Screenshot 2023 07 17 133502

Lihat juga video dibawah:

Menerusi perkongsian klip durasi yang dikongsikan, jelas menunjukkan wang kertas bernilai RM100 itu hancur dek angkara serangga berkenaan yang hidup dan membiak di dalam tin tersebut.

Sementara itu, netizen juga memberi pendapat agar kesemua wang itu dibawa ke BNM untuk ditukar kepada wang yang baharu namun ada sebahagiannya yang sudah rosak sepenuhnya.

Screenshot 2023 07 17 140221
(Gambar hiasan)

Dalam kalangan kita yang beranggapan duit rosak hanya boleh ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja. Kita sebenarnya boleh menukar duit yang rosak tersebut di bank-bank komersial seperti Maybank, CIMB, RHB etc, selain dari BNM.

Namun terdapat juga kes-kes yang mana wang kertas yang rosak teruk seperti terbelah dua, terbakar teruk dan duit tersebut tidak dapat dilihat denominasinya, adalah lebih baik untuk kita rujuk ke BNM.

‘Mata Wang Sesuai’ ialah wang kertas atau duit syiling yang memenuhi kriteria dan standard kualiti untuk dikekalkan dalam edaran.

Wang kertas atau duit syiling tulen Malaysia dianggap tidak sesuai untuk edaran semula sekiranya ia mempunyai salah satu daripada kriteria ‘duit rosak’ yang ditetapkan oleh BNM.

Anda boleh membuat panggilan pada pihak berkenaan untuk sebarang pertanyaan, dan dinasihatkan jangan meletakkan wang simpanan anda di dalam tabung aluminium, besi atau kayu. Kita tidak tahu apa akan jadi pada duit itu apabila sudah lama anda menyimpannya, dan elakkan selagi boleh agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Info Rakyat