Pelakon Ji Sung menerima hadiah paling manis berupa trak snek daripada isterinya, pelakon Lee Bo Young dan anak-anaknya—Ji-yu dan Woo-sung.
Baru-baru ini Ji Sung mengemas kini akaun Instagramnya dengan gambar-gambar yang diambil di set drama lakonannya, ‘Adamas’.
Foto-foto itu menunjukkan trak makanan ringan yang dihantar daripada Lee Bo Young, Ji-yu dan Woo-sung ke set penggambaran dramanya.
Terdapat foto Lee Bo Young di trak makanan ringan berserta mesej, “Buat para pelakon dan kru ‘Adamas’ yang dihormati, kami harap anda dapat meneruskan usaha terbaik sehingga ke akhirnya!”
“Enjoy makananan dan minuman ni, dan berseronoklah! Kami harap drama itu dapat perhatian ramai sebaik sahaja ia keluar!” kata aktres itu lagi.
Anak-anaknya turut mengirim pesanan, “Kami peminat setia ayah! Kami sokong ‘Team Adamas’.”
Kemudian Ji Sung yang tersentuh dengan usaha anak-anak turut memuat naik gambar lukisan anaknya Ji-yu yang dihantar kepadanya.
Dalam lukisan itu, Ji-yu berpegangan tangan dengan adik lelakinya Woo-sung di bawah pelangi.
Ji Sung dan Lee Bo Young mendirikan rumah tangga sejak 2013. Pada 2015, Ji-yu dilahirkan. Selang 4 tahun kemudian, mereka menimang Woo-sung pula.
Sumber: [1]