Pelakon Heo Sung Tae berkongsi bahawa mentalnya tidak stabil selepas berlakon dalam ‘Squid Game’. Dalam siri hit Netflix tersebut, dia memegang watak sebagai gangster bernama Jang Deok-su.
Keadaan ini sedikit menjejaskan aktiviti lakonannya dalam drama terbaru berjudul ‘Bloody Heart’. Ketika sesi persidangan akhbar, Heo Sung Tae ditanya tentang keserasian dengan aktres Choi Ri yang berlakon jadi anaknya dalam drama tersebut.
“Selepas Squid Game, saya sebenarnya ada masalah fobia sosial atau social anxiety disorder.
“Dek kerana itu, penggambaran saya dengan Choi Ri pernah terbatal sekali. Itu adegan pertama kami bersama.
“Saya tidak dapat melakukannya dengan baik ketika itu. Saya berasa teruk sangat dan kasihan sungguh pada Choi Ri.” kata aktor tersebut.
Kemudian, dia kongsi caranya mengatasi masalah tersebut dan dapat bangkit semula.
“Ini merupakan cabaran paling sukar yang pernah saya alami. Saya terpaksa menghadapinya bagi meneruskan hidup.”
“Saya bercakap dengan pengarah, dan dia memberikan saya nasihat dengan ikhlas dan terperinci. Nasihatnya benar-benar banyak membantu saya. Sejak itu, saya dapat enjoy dengan kerja saya.”
Sumber: [1]