Home Entertainment Aktres Dan Bekas Ratu Cantik Korea Ini Dedahkan Punca Perceraiannya

Aktres Dan Bekas Ratu Cantik Korea Ini Dedahkan Punca Perceraiannya

0

Kata orang, kerjasama antara kedua-dua belah pasangan lebih penting dalam menjayakan hubungan berbanding perasaan cinta namun bekas ratu cantik Korea ini berpendapat sebaliknya.

Dalam sebuah rancangan temu bual Korea, seorang aktres dan Miss Korea tahun 1997 bernama Kim Ji-yeon diundang sebagai tetamu.

Mula-mula Kim bercerita tentang latar belakangnya dulu. Ceritanya, dia berhenti sekolah dan terus jadi Miss Korea selepas kematian bapanya.

Kemudian, dia memulakan karier sebagai pelakon dan mengahwini Lee Se-chang, yang juga seorang pelakon pada 2003. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan dan bercerai selepas 10 tahun berkongsi hidup.

Kim Ji-yeon kata matlamatnya kini adalah ‘nak bina keluarga harmoni’, mendedahkan hasratnya yang ingin berkahwin lagi.

“Cinta lebih penting daripada kerja. Tetapi saya rasa susah bila jumpa lelaki. Saya nak cinta sejati tetapi ia selalu berubah. Saya pernah bercinta selepas bercerai, dalam 4 hingga 5 tahun. Semuanya okay sehinggalah bila nak upgrade ke level lain, jadi makin teruk pula.” kata Kim Ji-yeon

Ketika ditanya punca perceraiannya, Ji-yeon balas, “Ini bukan perkara serius yang perlu diberitahu kepada media. Saya dah tak ada perasaan cinta (terhadap bekas suami), jadi buat apa lagi nak bersama dengan orang ini? Sejak momen itu, saya rasa sunyi.”

Katanya suaminya memang baik, bertimbang rasa dan berada di sisinya 24 jam. Namun dia tidak boleh membalas dengan perasaan dan dedikasi yang sama.

“Ini bukan apa yang saya nak. Sejak menyedari perasaan itu, dengan angkuhnya saya kata ‘aku tak nak teruskan ini lagi’.”

Kurang berkomunikasi dan tidak mampu mengekspresikan fikiran masing-masing menjarakkan lagi hubungan mereka sehingga diakhiri dengan perceraian.

Sumber: Naver