Im Soo Hyang telah menulis dan mengkongsikan surat tentang pemergian rakan sekerjanya Lee Ji Han.
Pada 30 October, agensi Lee Ji Han 935 Entertainment mengesahkan yang Lee Ji Han telah meninggal dunia kerana tragedi Itaewon. Drama “Kkokdu’s Gye Jeol” yang Lee Ji akan berlakon akan di tunda selepas mengetahui kejadian berikut. Laporan mengatakan Lee Ji Han telah mengambil karekter untuk Jung Yi Deun, bekas teman lelaki Han Gye Jeol yang dilakonkan oleh Im Soo Hyang baru-baru ini.
Pada 1 November, Im Soo Hyang post di Instagram Story untuk meluahkan perasaanya. Postnya diterjemah di bawah:
“Ji Han, awak mesti gembira di tempat yang lebih baik.
Semalam, saya sepatutnya berlakon sepanjang hari dengan awak, tetapi setelah mendengar berita itu, kami semua berhenti seketika segala apa yang kami buat. Tidak ada yang dapat mengatakan apa-apa untuk waktu yang lama, dan kami hanya duduk dalam keadaan kesedihan. Saya berasa sangat sedih, dan sengsara setelah awak dibawa pergi begitu sahaja sewaktu awak baru bermula kerana saya tahu betapa sukarnya awak bekerja dan awak mahu melakukan kerja dengan baik..Dan ibu bapa awak memegang tangan saya dan memberitahu saya bagaimana awak pulang dan dengan senang hati, membual kepada mereka bahawa awak melakukan pekerjaan dengan baik, dan saya fikir saya menangis lama kerana saya menyesal kerana saya tidak menjaga awak dan bahawa saya tidak memberi perkara yang lebih baik atau kata-kata semangat.
Saya sangat terluka untuk membiarkan rakan saya pergi lebih dulu. Semua akan bekerja lebih keras untuk bahagian awak sambil memikirkan awak supaya awak dapat berbangga bila di alam sana melihat kami, dan saya harap awak akan tenang sekarang.
Kepada semua orang yang menjadi bintang melalui tragedi Itaewon ini, semoga anda semua pergi dengan tenang.”
Kami mengucapkan takziah kepada semua orang yang telah dilanda tragedi ini termasuk orang yang dikasihi Lee Ji Han pada masa yang menyakitkan ini. Semoga semua mangsa berehat dengan tenang.
Baca Juga: “Dia Ada Je Dekat Situ Tapi Taknak Mengaku”- Yoo Ah In Menafikan Kehadirannya Di Itaewon Halloween
Baca Juga: “Banyak Jugak Eh Tersangkut Lepas Tragedi Itaewon 2022”- Comeback Dan Event Terpaksa Rehat Seketika