Home Video “Aku Lawyer, Aku Boleh Saman Kau”-Dimarahi Pelanggan Selepas Tak Tekankan Mesin Kopi,...

“Aku Lawyer, Aku Boleh Saman Kau”-Dimarahi Pelanggan Selepas Tak Tekankan Mesin Kopi, Lihat Apa Respon Wanita Ini

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok shalinhalim, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita yang bekerja sebagai ‘cashier’ telah dimarahi pelanggan selepas dikatakan tidak ‘tekankan’ mesin kopi yang dibeli. Pelanggan itu juga cuba mengugut untuk saman wanita ini serta menyatakan dirinya seorang peguam. Namun wanita ini berkongsi cerita di mana beliau sudah bertanyakan nama pelanggan itu, tetapi tidak mempunyai respon.

Wanita ini juga mengatakan, ini adalah kali pertama beliau berjumpa dengan pelanggan sebegini. Dikatakan pelanggan itu tidak mahu meminta tolong kepadanya, namun berulang kali mengatakan bahawa beliau ‘konfius’ dengan sistem pembelian tersebut.

Screenshot 2023 10 05 095116
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan pelanggan itu sememangnya membuatkan para penonton tidak berpuas hati kerana beliau cuba menakut-takutkan pekerja berkenaan dengan menyatakan dirinya adalah seorang peguam. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara sebegini ketika bekerja di jawatan ‘cashier’.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 61K penonton, 2275 sukaan dan 252 komen.

Baca lagi: Disangkakan Pelanggan Cari Pekerja Nama ‘Zairah’, Sekali Responnya Buat Ramai Yang Berdekah

Baca lagi: Terperangkap Di Dalam Longkang, Situasi Bomba Menyelamatkan Lelaki Ini Raih Perhatian

Lihat klip durasi pendek respon wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumedia

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@ReenYusof: Amboi lawyer mana tu? Bg nama sikit nak check kt website. Dah la gaya mcm diva AA

@LaLaLah: Love ya bila you cakap ‘semoga hidup diberkati selalu’. Like macam pedas and sinis biar setepek kena

@Ros Yam835: suara merengek2 ni perangai mmg mcm musibat sikit

@mama_hanisah: Lawyer x gagap ye.. ayat sis yg last win..tahniah wlupun dlm keadaan geram but still mampu bersabar..

@FAYYADH K: Semoga akak bertabah ya from customers yg fikir mereka “entitled”. Kesabaran akak berlipat ganda.

@kurama: biasa lepak mamak tiber nk minum coffee 7e.. lepas ni xheran la klau dia dtg 7e order sate kambing

@iamhaniamri: suara cm kenai . akk pn dlu kje adap cust.mmg kena kental.apapun jgn amik personal nti kita yg mental.geram mmg geram.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram