Home News Amalkan 6 Tips Menjemput Rezeki, Ikuti Langkah-Langkah Ini

Amalkan 6 Tips Menjemput Rezeki, Ikuti Langkah-Langkah Ini

0

Pertama sekali, kita perlu luaskan pemikiran kita bahawa rezeki itu amat luas dan bukan tertakluk hanya kepada harta. Apa-apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita adalah rezeki. Apa-apa sahaja yang membahagiakan kita juga adalah rezeki. Apa-apa yang baik adalah rezeki.

Mungkin sahaja rezeki bentuk dalam keluarga yang bahagia, pasangan yang baik, kesihatan yang sempurna, ketenangan hati, ilmu yang bermanfaat untuk kita dan rezeki yang tidak mungkin dapat dihitang semuanya.

Allah telah menetapkan rezeki untuk kita sejak azali. Rezeki sememangnya sudah tertulis untuk kita. Setiap orang sudah ada kadar rezeki masing-masing.

Oleh itu, kita perlu menjemput rezeki suapaty rezeki itu datang kepada kita. Perkara ini adalah mudah tetapi tidak ramai yang mampu untuk amalkan kerana masih tidak yakin bahawa dirinya akan dapat apa yang dinginkan, terlalu berharap dan tidak sabar menunggu.

Bagaimana Cara Untuk Menjemput Rezeki?

1. Berdoa Kepada Allah

Rezeki kita, Allah yang pegang. Oleh itu, minta kepada Allah terlebih dahulu dan berdoalah kepada Dia Pemilik Rezeki yang apa sahaja keinginan kamu.

“Bilamana Allah menggerakkan lidahmu untuk meminta, maka ketahuilah bahawa Allah ingin memberi”
“Allah menggenggam semua doa kita lalu dilepaskannya satu persatu pada masa yang tepat”

Screenshot 2023 06 07 211213

2. Solat Malam

Yang ini ramai orang yang ‘berkira’ nak buat, mungkin sayang untuk korbankan masa tidur tetapi jika kita betul-betul inginkan sesuatu kita perlu berkorban. Korbankan masa tidur kita untuk meminta kepada Allah.

Jangan lepaskan peluang kerana pada waktu ini Allah akan turun ke langit dunia untuk mengabulkan semua doa hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya.

Yang meminta ampu, Allah akan ampunkan. Yang meminta rezeki, Allah akan berikan. Yang meminta ketenangan, Allah akan kabulkan. Yang mengadu kesedihan, Allah akan tenangkan hati.

3. Solat Sunat Dhuha

Solaty sunat yang membuka pintu rezeki dan mempermudahkan urusan hidup kita sepanjang hari. Teruskan meminta dan meminta kepada Allah. Dalam setiap sujud kita, berdoalah kepada dia dengan penuh rendah hati dan penuh harap.

“Sujud itu indah, kau berbisik ke bumi tapi didengar di langit”
“Allah sudah tahu apa yang ada di dalam hati kita sebelum kita meluahkan kepadaNya, tetapi Dia masih mendengar luahan kita”

Screenshot 2023 06 07 211233

4. Doa Ibu Bapa

Ibu bapa adalah syurha kita di dunia. Oleh itu, ambillah peluang untuk berbuat baik kepada ibu bapa kita. Sentiasalah mendoakan kebahgiaan dan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Kebahgiaan mereka adalah kebahagiaan kita dan sebaliknya.

Jangan lupa untuk meminta doa daripada ibu bapa kerana doa mereka sangat mustajab

“Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa”
“Doa seorang ibu tiada hijab dan amat mustajab di sisi Allah”

Jika hari-hari kita terasa sulit, mintalah supaya ibu bapa doakan kita supaya dipermudahkan segala urusan. Maka kita akan rasa hari-hari kita lebih tenang dan lancar.

5. Sedekah

Orang kata sedekah akan mengurangkan harta tetapi Islam kata sedekah akan menambahkan harta. Jangan sedekah apabila sudah kaya tetapi bersedekahlah sehingga kaya. Bukan jumlah sedekah kita yang Allah pandang tetapi kualiti sedekah kita. Bersedekah tidak semestinya dengan harta.

Senyuman kita adalah sedekah. Menolong orang juga sedekah. Sedekah juga saham dan duit kita di ‘keraan’ akhirat kelak.

6. Tawakal

Tawakal kepada Allah setelah kita berusaha semampu kita.

Sudah berusaha. Sudah berdoa. Sudah solat. Sudah sedekah. Maka seterusnya serahkan segalanya kepada Allah.

Dia pasti akan berikan yang terbaik dan pada masa yang tepat. Menjemput rezeki lebih mudah daripada mencari rezeki.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang