Larangan seperti merokok, bercinta, etika pemakaian dan diet ketat yang dilaksanakan agensi terhadap artis naungan bukan cerita baharu dalam dunia hiburan K-pop.
Situasi sebegitulah yang dihadapi setiap anggota kumpulan Oh My Girl yang mendedahkan bahawa mereka dilarang sama sekali terjebak dengan hubungan cinta sejak memulakan debut pada 2015.
Selain itu, setiap anggota juga tidak dibenarkan memakai solekan, termasuk pewarna bibir dan skirt yang melepasi paras lutut, seperti yang didedahkan dua anggotanya iaitu Mimi dan Seunghee ketika muncul dalam program Ask Us Anything.
“Kami dilarang bercinta. Kalau tertangkap, kami akan dihalau. Dihalau serta-merta,” katanya.
Paling ‘keras’, mereka juga tidak dibenarkan bermain mata dengan artis idola lelaki di mana-mana persembahan.
“Arahan itu dikeluarkan pihak atasan. Mereka beritahu petugas, kalau artis lelaki lalu di hadapan, kami perlu memusingkan badan dan menghadap dinding. Itu sangat memalukan buat kami,” dedah mereka.
Artikel berkaitan: Kahi Dedah Peraturan MAMADOL Adalah Untuk Tidak Hamil Dan Melakukan Tarian Seksi Di Hadapan Suami Mereka
Tambahnya, larangan bercinta sememangnya sudah termaktub dalam kontrak ditandatangani mereka sebelum debut dan harus akur dengan dengan larangan ketat tersebut biarpun sudah empat tahun bergelar artis.
Sumber: [1]