Home Entertainment “Amber Heard Sememangnya Sedang Mementaskan Lakonan Terhebatnya”, Perbicaraan Bersambung 16 Mei Ini

“Amber Heard Sememangnya Sedang Mementaskan Lakonan Terhebatnya”, Perbicaraan Bersambung 16 Mei Ini

0

Aktres Amerika Syarikat (AS), Amber Heard mendakwa dirinya telah didedara oleh  daripada bekas suaminya, pelakon popular Johnny Depp.

Menurut laporan CNN, Heard memberi gambaran emosi dan grafik dalam pembelaannya terhadap kes saman fitnah oleh Depp.

Amber Heard 2

“Tiada apa yang saya lakukan membuatkan dia berhenti memukul saya. Saya cuba bertahan selama lebih setahun, mungkin dua untuk tidak bertindak balas secara fizikal mahupun lisan.

“Saya cuma merenung dan membeku setiap kali dia mencederakan saya. Ada masanya, saya cuba mengugut menelefon polis jika dia terus menerus memukul saya,” ujar Heard yang dirakam menangis beberapa kali sepanjang keterangan.

Depp telah menyaman Heard sebanyak AS$50 juta (RM218 juta) atas artikel yang ditulis untuk akhbar The Washington Post di mana aktres itu menggambarkan dirinya sebagai tokoh awam yang mewakili penderaan domestik.

depp heard trial april 21 3 AP

Walaupun tiada nama ‘Johnny Depp’ di dalam artikel itu, bintang Pirates of the Carribean itu mendakwa ia secara tidak langsung menggambarkan dirinya sebagai pendera isteri.

Untuk pengetahuan Heard dan Depp telah bertemu pada 2009, dan berkahwin dari 2015 hingga 2016 sebelum sah bercerai pada tahun 2017.

Artikel berkaitan: Amber Heard Menghidap 2 Jenis Kecelaruan Personaliti, Kata Pakar Psikologi

Artikel berkaitan: ‘Bekas Isteri Dari Neraka’, Johnny Depp Rugi Hampir RM100 Juta Hanya Kerana Satu Tuduhan!

skynews amber heard court johnny depp 5761587

Pada minggu lalu, Depp telah memberi keterangan dan menjelaskan bahawa dia tidak pernah memukul perempuan dan dia juga menuduh bahawa bekas isterinya itu yang sering melakukan penderaan lisan dan fizikal.

Sehingga kini kedua-duanya menafikan dakwaan penderaan masing-masing.

Seperti yang diramalkan oleh peguam Depp dalam kenyataan pembukaan mereka bulan lalu, Amber sememangnya sedang ‘mementaskan lakonan terhebatnya’ ketika sesi keterangan berlangsung.

“Ingatan Johnny mengenai apa yang berlaku sepanjang enam tahun mereka bersama adalah kekal dan kebenaran adalah sama, tidak kira di mana ia dibentangkan,” kata jurucakap Depp.

Sumber: [1]