Sekarang ini banyak dilihat mereka yang mengambil kesempatan di tempat-tempat berbayar seperti di tol mahupun di laluan gate lrt, ktm dan sebagainya.
Baru sahaja tular sebuah video di halaman tiktok @firna.co di mana memperlihatkan situasi lelaki yang mengambil kesempatan di laluan gate lrt dengan lalu di tempat yang telah di’scan’ tanpa rasa bersalah. Pemilik rakaman yang juga seorang wanita tidak sempat berbuat apa-apa kerana lelaki tersebut terlalu pantas melakukan kerja tersebut namun lelaki itu berjaya ditangkap orang awam. Difahamkan tiada apa tindakan yang diambil oleh customer service di sana.
CERITANYA MACAM NI…. Aku baru je touch kad aku kt tempat scan tu then pagar tu dh buka… suddenly lelaki baju hitam tu nk lalu masa pagar aku dh opennn
nampaklah riak wajah muka dia nak lalu tmpt aku tu, dia suruh aku jalan, aku tercengang sebab blur!!!
So aku tk jalan sbb dia dh halang jalan aku. Pastu dia pegi lane lain and masuk bawah pagar lain.. Kenapalah dari tadi dia tk buat mcm gitu…..
Lelaki baju merah tu yg tolong aku, dia tarik laki baju hitam tu then pegi ke kaunter…
Aku dah buat report terus pergi kt counter tu, maybe customer service situ dh biasa hadap benda cmni, so dia malas layan
Dia mungkin tknk besarkan benda ni so dia tambahkan balik Baki dalam touch n go aku tu, then selesai gitu je… btw kt situ pun takde polis kawal situ
Baca juga : Penunggang Motosikal Dicari Polis Kerana Lari Sekatan Dan Ambil Kesempatan Di Laluan Tol
Baca juga : Halang Laluan Orang Buta, Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Laluan Garisan Kuning
Lihat klip berdurasi pendek di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Yujihi : ni baru sorang dah biasa buat, mesti ada lagi ramai yang dah biasa buat macam ni.
@Anuar Faez : dia ingat naik keretapi kat negara dia kut takde gate ikut sukati bole masuk, derang pupa byk cctv kat stesen LRT
@bad bij : dia dah terbiasa dengan subway new york tu
@Sepatah Dua Kata : ak slalu tngok dn rata prmpuan yg kne biarkn je.. muka ala2 redho dn TERpaling brsngka baik gitu..
@doru2 : bila foreigner dah rmai mcm ni la.
@DeeKL17 : jeritkan saja sis…biar semua org tahu ..bole tangkap
@Bell : Sy haritu pernh kena sekali aku jerit..haa kau puas hati aku hahahaha.. pedulik apa org tgk..
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram